Loading...

Tak perlu bandingkan diri dengan orang lain

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi dari MotivasiPantas.com. Dan sekarang ni saya berada lebih kurang 40,000 kaki di udara, dari Kuala Lumpur ke New York City atas jemputan untuk memberi talk mengenai Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Dan motivasi pantas kali ini adalah untuk kita sentiasa cabar diri sendiri
atau lebih tepat lagi untuk kita cuba perbaiki diri kita sendiri.

perbandingan

Maksud saya disini bukanlah untuk kita bandingkan dengan orang lain atau perbaiki diri sendiri supaya lebih dari orang lain. Sebab sebaiknya kita baiki diri sendiri berbanding dengan diri kita mungkin dengan hari yang lepas, bulan yang lepas dan tahun-tahun yang lepas. Sebab orang lain mempunyai rezeki mereka tersendiri mungkin dilahirkan dalam keluarga yang kaya atau keluarga yang berniaga dan mereka sudah mempunyai advantage (kelebihan) disitu.

Mungkin juga rezeki orang lain dilahirkan dari keluarga yang susah dan mereka mempunyai tekanan yang lebih sedikit untuk mencapai kejayaan. Tidak kira dimana kita atau kedudukan kita, kita sentiasa perlu perbaiki diri sendiri seperti hadis mengatakan “Mereka yang beruntung adalah hari ini lebih baik dari semalam. Mereka yang rugi adalah hari ini lebih teruk dari semalam. Dan mereka yang terpedaya adalah mereka yang sama sahaja”.

Kita takut kalau kita dalam keadaan yang sama sahaja contohnya kalau kita dalam keadaan yang belum berjaya
dan kita takut hendak lakukan sesuatu sebab takut gagal ataupun katakan kita dalam keadaan yang sudah berjaya,
takutnya pula pada kita sudah terlalu selesa dengan keadaaan kita dan kita tidak mahu memperbaiki diri kita sendiri.

Kita tak nak ‘push’ atau tolak diri kita sendiri atau beri cabaran yang lebih sebab kita sudah rasa selesa. Jadi apa yang kita perlu ingat adalah kalau kita tidak perbaiki diri kita sendiri, siapa akan perbaiki diri kita? Jadi, langkahnya bermula pada diri kita sendiri dan kita yang perlu perbaiki diri sendiri supaya lebih baik dari semalam. InshaAllah!

Saya Irfan Khairi dari MotivasiPantas.com