Loading...

Yang LEPAS BIAR LEPAS

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Yang lepas, kita biarkan saja dah lepas

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com. Dan memang betul pun. Apa yang dah lepas kita biarkan saja yang lepas. Mungkin dulu kita pernah rasa gagal, kita pernah terasa kegagalan.

motivasi-pagi

Kita rasa macam sedih, kita rasa kecewa, ataupun kita rasa pernah nak putus asa. Dan kita rasa macam kita dah tak nak berusaha lagi. Ataupun disebaliknya. Kita mungkin dah pernah jadi kaya. Dan kita ada rasa ego kat situ. Ataupun kita pernah capai kejayaan dan kita rasa kita dah selesa dalam satu keadaan, dalam satu waktu dulu.

Tapi apa saja yang berlaku pada waktu lepas samada yang positif ataupun yang negatif yang lepas, biarkan saja yang lepas.

Sebab, kita tak boleh ubahkan. Apa saja yang negatif contohnya kalau kita gagal ke, kalau kita putus asa, kita kena cari apa kelebihan dia, apa lesson ataupun pengajaran daripada benda yang lepas tu.

Kalau apa saja yang kita lalui tu negatif dan kita nampak pengajarannya, sebenarnya kita tak nampak pun benda tu negatif. Kita tak nampak pun dimana ruang untuk kita rasa sedih, rasa kecewa oleh kerana kita belajar sesuatu.

Dan sama juga kalau kita berjaya, kita jangan fikir kita dah selesa dalam tahap kejayaan tu. Kita kena push diri kita lebih kehadapan untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi lagi.

So itu maksud saya dengan apa saja yang lepas tak kira kalau kita gagal ataupun kita berjaya ataupun kita putus asa ataupun kita pernah kaya semua tu lepas saja. Kita tak boleh ubah dah benda-benda lepas. Tapi apa yang kita boleh ubah adalah apa yang akan datang dalam waktu yang singkat ataupun jangka masa panjang.

Bak kata Mat Salleh, “Yesterday history but tomorrow is mystery”.

Mystery, kita tak tahu apa jadi lagi setahun. Apa akan jadi 5, 10 tahun akan datang. Cuba kita bayangkan balik diri kita sendiri setahun dua yang lepas, apa keadaan kita, bagaimana keadaan kita.

Dan kita lepaskan sahaja oleh kerana apa yang kita boleh perbaiki, apa yang boleh kita perbaharui adalah setahun dua tahun yang akan datang. Betul?

Itu sahaja daripada saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com dan kalau setuju, klik share laju-laju. Bye!