Loading...

Pemberian paling baik

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com. Masih lagi dalam kapal terbang Emirates menghala ke New York daripada Kuala Lumpur berhenti kejap dekat Dubai.

hadiah-paling-baik

Dan anda nak tahu tak apakah pemberian yang paling best sekali yang anda boleh beri kepada seseorang itu. Yang paling bestnya kita tak perlu pun keluarkan duit tetapi pemberian ni amat-amat berharga.

Nak tahu apa pemberian tu? Pemberian sokongan. Sebab, untuk berjaya, sokongan ni amat-amat penting. Kita nak mencapai kejayaan pun memang kita perlukan sokongan. Kita nak orang sokong kita. Tetapi, cuba tanya pada diri kita sendiri.

Adakah kita memberi sokongan cukup kepada orang di sekeliling kita, keluarga kita, kenalan kita, anak-anak kita dan sebagainya. “What we give is what we get”. Apa yang kita dapat akan berganda 10 kali ganda. Kalau kita nak sokongan, kita beri sokongan kepada orang lain dan 10 orang akan datang sokong kita. Bila kita beri sokongan kepada orang lain, kita sebenarnya membantu orang lain dan bila kita membantu orang lain pasti kita akan rasa best dan kita akan rasa lebih positif dalam diri kita sendiri.

Dan ketiganya adalah bila kita beri sokongan kepada orang lain, orang lain pun akan memberi sokongan kepada kawan-kawan mereka. Kita pernah nampak klip-klip kat internet dimana apabila seseorang bantu orang lain, orang lain akan bantu orang lain. Tak semestinya bantuan itu akan datang kepada kita balik. Tetapi bantuan tu akan pergi kepada orang lain.

Sokongan ini akan spread kepada orang lain. Itu yang kita nak. Satu komuniti yang positif, satu komuniti yang saling membantu, satu komuniti yang sering menyokong satu sama lain. Secara jemaahnya, baik untuk kejayaan kita juga. Pernah tak anda dalam keadaan dimana anda gagal, anda stress, dimana anda inginkan sokongan daripada orang lain, tetapi anda tak dapat sokongan tersebut. Macam mana rasanya?

Ataupun mungkin pernah anda dalam keadaan anda macam tu, anda stress, tertekan dan anda dapat sokongan daripada orang lain. Anda rasa best anda rasa lebih bermakna apa yang anda lakukan bila dapat sokongan. Jadi pesanan saya adalah untuk anda “be that person” yang memberi sokongan kepada orang lain.

Kadang-kadang kita tak perlu orang minta sokongan. Kita beri saja. Selalunya kenalan , keluarga, kawan-kawan atau sesiapa saja, mereka tak minta pun sokongan sebab maklumlah. Ada yang malu-malu kucing nak minta bantuan, nak minta sokongan. Tapi kalau kita rasa dalam hati kita sendiri gerak hati kita bila orang lain perlukan sokongan kita, then beri saja sokongan tanpa minta balasan dengan ikhlas kerana nanti anda pun akan dapat sokongan berkali-kali ganda daripada orang yang lain.

Jadi, pemberian yang paling best sekali yang bermakna sangat-sangat yang anda boleh berikan kepada seseorang adalah pemberian sokongan.

Saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com. Sehingga kita berjumpa lagi.