Loading...

Lakukan ini untuk mencari ilmu

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com. Sebenarnya apa yang kita perlu banyak, bukan banyak bercakap, tetapi perlu banyak bertanya. Dalam program saya, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, saya selalu menggalakkan pelajar-pelajar saya tanya soalan. Tanya lah banyak-banyak. Sebab apa?

cari-ilmu

Bagi saya, bertanya ni shortcut untuk mencari ilmu. Bila kita tanya, kita dapat precisely apa jawapan yang kita inginkan. Jadi, jangan malu bertanya. Kita ni orang Malaysia ramai yang malu-malu kucing untuk bertanya.

Dari pengalaman saya buat talk serata dunia. Kalau saya lihat, orang Jepun, orang Korea mereka ni sangat-sangat malu bertanya. Orang Malaysia, mereka ni pemalu tapi tak lah semalu orang Jepun dengan orang Korea. Tapi ada lagi pemalunya. Dimana tak ramai yang nak suka bertanya.

Tapi kalau saya arah ke barat, di negara-negara barat makin banyak soalan yang ditanya. Mungkin oleh kerana persekitaran kita, membuatkan kita kurang bertanya. Kadang-kadang kita rasa takut nak bertanya sebab takut nanti soalan yang kita tanya tu macam jadi soalan bodoh.

Sebenarnya bila bertanya ni, beberapa perkara akan terjadi. Nombor satunya, bila kita bertanya kita nak dapat jawapan. Jawapan apa yang kita nak cari tu. Yang keduanya, bila kita tanya, jawapan tu adalah jawapan dalam bentuk ilmu yang baru. Ilmu yang kita boleh pelajari pastinya ilmu itu adalah amat penting dalam mencapai apa saja kejayaan.

Dan yang ketiga sebenar-benarnya kita akan dapat respect. Kita akan dihormati oleh kerana kita bertanya soalan, kadang-kadang kita rasa kita ni tak pandai, sebab tu kita tanya. Disebabkan kita malu tak pandai tu, itu yang membuatkan kita tak tanya.

Sebenarnya bila kita bertanya soalan kita akan dapat respect daripada orang lain. Oleh kerana orang suka membantu menjawab soalan kita. Satu lagi kita kena fahami bahawa kita put our ego aside, ego kita letak kat tepi. Oleh kerana kita sendiri yang nak belajar, kita sendiri mengaku yang kita tak tau benda tu.

So bila bertanya kita akan dapat respect. Bukan kita akan dapat malu, tapi kita akan dapat respect. Bukan soalan bodoh tapi orang akan menghormati kita kerana kita bertanya. Jadi lepas ni banyak bertanya termasuk juga bertanya pada saya di #tanyaIK

Assalamualaikum, sehingga kita berjumpa lagi.