Loading...

Teknik S.A.B.A.R bila di kritik!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada IrfanKhairi.com. Kali ini saya nak bagi sedikit motivasi pantas terutamanya apa perlu kita lakukan sekiranya kita di kritik. Ada satu teknik dikenali sebagai teknik sabar, S.A.B.A.R. Dan teknik ini ada makna sabar iaitu satu akronim yang saya hasilkan khas untuk anda.

sabarS – Siapa yang mengkritik kita. Kalau kita dikritik pastikan kita tahu siapa yang kritik. Siapa itu, ertinya pengalaman dia dalam bidang apa, ataupun dia punya ilmu dalam bidang apa. Atau pengetahuannya dalam bidang apa. Pastikan orang yang mengkritik itu, kita tahu pengalaman ilmu, keparakan dalam bidang apa, dan baru boleh kita pertimbangkan kritikan tersebut. Contohnya dalam Masterchef pun kan, ada pengkritik-pengkritiknya kan? Tetapi mereka memang berpengalaman ada ilmu dalam bidang itu, dan itu memang bidang mereka, iaitu bidang masakan.

Kita kena pertimbangkan kalau yang mengkritik kita bukan bidang kita, atau berpengalaman, berilmu dalam bidang kita. Mungkin di situ kita boleh pertimbangkan lebih baik lagi. Contohnya, kalau saya.. kalau anda nak buat skim cepat kaya, saya pun akan kritik anda. Because apa? itu adalah pengalaman dan ilmu saya dalam bidang itu.

A- Apa niat dalam pengkritik tersebut. Sebab, ada orang memang niatnya baik. Contohnya mereka kritik kita, sebab nak beri nasihat kepada kita, contohnya mereka tak nak lihat kita gagal, caranya adalah mereka mengkritik kita dan kita tidak melakukan sesuatu perkara tersebut. Dan kita lihat niat mereka apa? kalau niat tak baik, mungkin di situ kita tahulah apa yang perlu dilakukan.

B- Baiki diri kita sendiri sebab, at the end of the day tujuan kita adalah untuk berjaya, betul tak? Untuk berjaya memanglah kita kena perbaiki diri kita sendiri. Kadang-kadang kalau kita dikritik ada dia punya ruang ataupun peluang untuk kita memperbaiki diri kita sendiri. Semuanya ada berpasangan,yang baik ada buruknya, yang malam ada siangnya. Apabila mengkritiknya benda yang negatif pada pandangan mata kita, what we need to do adalah lihat, apa peluang yang ada kat situ, apa cara untuk membaiki diri kita kat situ, kita perlu cari pasangan dia untuk memperbaiki diri kita sendiri. Sebab tak semua kritikan itu tidak bagus, tak semua kritikan itu membantu diri kita. Jadi, kita cari apa baiknya, dan bagaimana kita boleh improvekan diri kita sendiri dan cari peluang tersebut. Itu maksudnya B – baiki diri.

A- Abaikan sekiranya kritikan itu menjatuhkan kita. Apa yang kita nak ialah kritikan yang boleh meningkatkan diri kita sendiri dan meningkatkan semangat kita. Contohnya pada orang yang tak berpengalaman, bukan bidang tersebut ataupun tidak mempunyai ilmu. Kita abaikan. Atau niat mereka tidak bagus, niat mereka hanya nak menjatuhkan kita. Kalau kita bersama orang yang menjual perfume haruman, kita akan dapat haruman dia. Tapi, kalau kita bersama tukang besi, kita akan dapat percikan api dia. Jadi abaikan orang-orang macam ini. Stay away daripada orang yang negatif yang hanya menjatuhkan kita. Pastikan persekitaran kita adalah positif-positif sahaja.

R- terakhir, ertinya Relax lah bro! Relax lah sis! Kita kena relax sebab apabila orang mengkritik kita, kita merasa marah. Bila kita rasa marah, dalam kepala kita akan rasa tak tentu hala, kita rasa nak kenakan balik orang yang mengkritik ini. So, relax dan ambil nafas dan tarik nafas perlahan-lahan. Baca Al-Fatihah untuk diri sendiri. Sebab tak ada guna pun kita nak pergi level kepada orang yang mengkritik kita kalau niat mereka tidak baik. Kalau mereka tidak berpengalaman sebagainya. Because, bak kata Mat Salleh, “those who talk behind us, there are already behind us”. Dan saya faham sangat-sangat, sebab saya pun pernah dikritik dulu-dulu lebih banyak lagi bila di awal perjalanan kita tentulah kita paling banyak dikritik. Tapi lama-lama, dan InsyaAllah berjaya, rezeki datang pada pihak kita untuk lebih berjaya kat situ, kritik itu dah semakin slow. Because apa? kita dah tinggalkan mereka jauh di belakang kita. Alright, don’t worry, relaxlah bro! relax lah sis! kalau anda dapat R yang sabar itu adalah welcome to the club, okay.

Nak berjaya pastinya ada pengkritik. Sehingga kita berjumpa lagi InsyaAllah. Kalau anda terlepas, tekan replay semula supaya anda tahu sabar tu, apa maksud dia. 😉