Loading...

Tak perlu HEBAT!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com, dan kali ini saya nak kongsikan untuk berjaya kita kena hebat dalam satu perkara, bukan banyak perkara tetapi satu perkara. Sebab mat salleh katakan “jangan kita jadi Jack of all trades, master of none“. Kita nak tahu semua perkara, kita nak lakukan semua benda, kita nak lakukan semua jenis perniagaan contohnya. Tetapi, kita tidak hebat dalam satu-satu jenis perniagaan.

tak-perlu-hebatSebenarnya untuk kita jadi berjaya, kita tidak perlu tahu kesemuanya, kita tahu satu bidang sahaja pun sudah mencukupi. Nak tahu dua hingga tiga bidang itu tidak ada masalah, silakan. Tetapi, kebanyakan orang yang berjaya adalah hebat dalam satu bidang sahaja. Mereka fokus dan memberikan tumpuan kepada satu bidang sahaja. Saya baru balik dari Barcelona ni, perjalanan ke Kuala Lumpur. Dan kat sana saya tengok match bola sepak Barcelona main di Camp nou, memang saya minat dengan bola sepak.

Dan pemain bola sepak yang hebat tak kiralah Messi, Suarez, Neymar. Neymar tu saya minat. Cuba bagi dia perniagaan internet, boleh tak dia buat perniagaan internet. Most probably dia pun tak tahu perniagaan internet tu kan? So, itu maksud dia, hebat dia kerana dia ahli sukan dia hebat dalam bola sepak sahaja. Most probably kalau bagi dia perniagaan internet satu benda pun dia tak tahu. Anda lagi hebat daripada dia kalau difikirkan dari segi internet ke, facebook ke, apa-apa perniagaan dan sebagainya, manalah tahu kan? Inilah yang ditunjukkan bahawa untuk lebih hebat dalam suatu bidang, kita perlu fokus kepada bidang tersebut.

Cuba tanya kepada diri kita sendiri, dalam bidang itu, kita baca tak dalam 5 buku dalam bidang tu? Kita baca tak 10 buku? Kita baca tak, dalam 20 buku mengenai bidang kita itu? Dan lagi banyak kita baca buku, lagi banyak kita baca informasi dan kita lebih hebat dalam bidang yang kita nak lakukan tersebut. Saya tahu ada juga yang orang malas nak baca buku, janganlah ada alasan nak baca buku pula. Sebab zaman sekarang anda boleh tonton youtube, anda boleh belajar melalui ebook, anda boleh belajar melalui video saya ini pun, ada banyak ilmu yang saya sampaikan, InsyaAllah.

So, kat sinilah kita kena tahu, “jangan kita jadi Jack of all trades, master of nonetetapi jadi hebat, jadi pakar, cari ilmu yang banyak dalam bidang yang kita lakukan. Lagi banyak kita fokus, lebih banyak tenaga, lebih banyak tumpuan yang kita berikan dalam bidang itu, lagi mudah kita nak berjaya dalam satu bidang itu. Okay, selepas ini nasihat saya adalah be more focus! Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Jumpa lagi~