Loading...

Stress? Tertekan? Terhimpit? Down? Sedih?

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Kadang-kadang, kita rasa stress. Kadang-kadang kita rasa sedih, kadang-kadang kita rasa
tertekan ataupun jumpa jalan buntu, kita rasa terhimpit,apa kita nak buat?

Assalamualaikum, saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com dan memang semua orang tak lari daripada masalah. Tak kiralah masalah apa sahaja. Dalam family dalam kewangan dalam perniagaan dalam hidup seharian, memang ada masalah. Tak ada siapa pun akan lari daripada menghadapi sebarang masalah.

Ada kalanya, kita tertekan. Ada kalanya kita akan rasa terhimpit, kita akan rasa macam kita hit a brick wall dimana kita dah tak tau nak buat apa dah. Kita rasa buntu sangat-sangat dan dalam keadaan ni, kita nak buat keputusan apa pun kita rasa semua keputusan yang kita buat tu adalah keputusan yang salah dan kita tak dapat continue apa yang kita nak lakukan.

tertekan

Nombor satunya, kita kena ingat bahawa bila dalam keadaan stress, tertekan dan sebagainya, ianya akan berlalu. Cuba fikirkan balik, dulu-dulu pernah tak kita dalam keadaan stress, pernah tak kita dalam keadaan tertekan, pernah tak kita dalam keadaan buntu? Pastinya pernah. Betul kan?

Bukannya pertama kali kita stress. Memang dah pernah stress dulu. Tetapi dari dulu sampai sekarang apa jadi, semua tu akan berlalu. Betul tak? Semua tu pernah kita lalui, kita akan hadapi semuanya dan eventually semuanya akan jadi ok.

Walaupun dalam keadaan stress, tertekan memang waktu tu kita rasa macam tak tau nak buat apa dah but then sebenarnya memang akan keluar daripada keadaan stress tu. So itu nombor satu.

Nombor duanya bak kata mat saleh, dia kata bahawa what doesn’t kill you makes you stronger. Segala dugaan segala cabaran yang kita dapat, apa akan jadi, akan hanya menguatkan kita lagi untuk menghadapi masa-masa yang akan datang. Mungkin kita akan perasan, setiap kali kita rasa stress, keadaan tu lebih berat daripada apa yang kita pernah lalui sebelum ni. Betul tak? Sebab apa? Semua dugaan semua cabaran yang kita dapat tu akan hanya menguatkan kita lagi menghadapi stress-stress, keadaan yang tertekan dalam waktu yang akan datang lagi.

Jadi, apa sahaja keadaan kita sekarang ni, dugaan cabaran yang kita hadapi, we will come out stronger. Kita akan lebih kuat. Kita akan lebih tabah menghadapinya.

Dan yang ketiga jangan lupa, Allah SWT pun ada pesan dalam Surah Al-Baqarah bahawa Allah tak akan beri keberatan kepada seseorang hambaNya kalau mereka tak terdaya menghadapinya. Jadi, Allah lebih mengetahui tentang boleh kita hadapi ke tidak boleh kita hadapi. Kalau kita dalam apa pun cabaran, dugaan, sebenarnya Allah SWT tahu yang kita boleh hadapinya dengan tabah dengan sabar dan penuh semangat.

Kita kena ingat bahawa kalau apa sahaja dugaan yang kita dapat tu, adalah sesuatu yang akan menjadikan kita lebih baik. Ada hikmahnya. Pastinya ada hikmahnya kalau kita yakin bahawa apa saja cabaran yang kita dapat tu datang daripada Allah SWT dan hikmahnya mesti ada dalam tu. InsyaAllah.

Jadi, kalau anda, diri anda ataupun anda ada kenalan dalam keadaan stress tertekan ataupun rasa jalan buntu tengah down dan sebagainya why not share video ni and tell them that its ok. InsyaAllah everything will pass.

Sehingga kita berjumpa lagi, saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com