Loading...

Selagi anda SUKA!?

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com dan satu soalan cepu emas adalah sampai bila kita nak lakukan sesuatu tu?

suka-hobi

Tak kiralah kita berniaga, sampai bila kita nak berniaga? Sampai bila kita nak kejar matlamat kita? Sampai bila kita nak berkarier, bekerja, karier kita dalam bidang tu. So soalan dia, sampai bila?

Malam tadi saya ada tonton satu dokumentari ni mengenai Messi, Messi pemain bola sepak daripada Barcelona. And then soalan tu diajukan kepada dia. Soalannya adalah, sampai bila you nak main bola sepak? Sebab you dah hebat, you dah terror, you dah menang macam-macam award, you dah menjaringkan banyak sangat gol. Sampai bila you nak bermain bola sepak?

Jawab messi adalah, selagi dia rasa benda tu seronok, selagi bermain bola sepak tu seronok, fun, untuk diri dia sendiri.

So untuk menjawab soalan sampai bila kita nak lakukan sesuatu tu, kita lakukan sebaik yang mungkin selagi kita rasa seronok, selagi kita rasa suka, kita rasa gembira melakukan sesuatu tu.

Ada kalanya at one point mungkin kita rasa membuat sesuatu tu dah tak menyeronokkan kita. Dah tak fun lagi. Maybe thats the time untuk kita, kita fikirkan samada kita nak quit ataupun kita rasa enough is enouh, and then kita tak perlu lakukan dah. Tapi jawapannya adalah as long as anda suka, as long as its fun doing it, as long as kita gembira, we having fun then teruskan saja usaha kita. Lakukan apa yang kita suka.

Bila kita buat apa yang kita suka, kita tak rasa penat lelah dia. Kita tak rasa pagi sampai ke petang sampai ke malam. Kita tak rasa waktu. Kita tak rasa susah dia. Kita rasa senang sangat.

Thats why dalam mencapai apa saja matlamat kita, dalam mencapai apa saja cita-cita kita, buat benda yang menyukakan kita. Buat benda yang bagi kita fun.

Contoh saya bersama anda secara live, bagi saya is something fun. Saya suka melakukan ini. So bila saya lakukan ini, saya tak rasa macam, “eh, susahnya nak live dengan beratus ribuan orang yang sedang menonton saya sekarang ni”.

Saya tak rasa benda tu susah sebab i’m having fun doing it. So insyaAllah selagi i’m having fun, saya pun dapat bersama dengan anda. Sama jugak dengan anda. As long you having fun, buat apa yang anda suka dan teruskan sahaja.

Itu sahaja daripada saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com. Sehingga kita berjumpa lagi.