Loading...

SATU Sahaja KUNCI KEJAYAAN!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan ramai orang tanya kepada saya, apakah kunci ataupun apakah rahsia kejayaan. Sebenarnya, macam-macam rahsia kejayaan, ada macam-macam kunci kejayaan, tapi kalau anda tanya saya, apakah satu kunci utama dalam mencapai kejayaan, jawapannya mudah sahaja. Jawapannya pendek sahaja. Jawapannya adalah sabar.

kejayaanBila kita sabar, adalah kunci kejayaan kita untuk mencapai kejayaan tak kiralah hidup kita, keluarga kita, perniagaan kita, sabar itu amat-amat penting. Saya nak kongsikan satu kisah ni, dan kisah ini terjadi kepada saya beberapa hari yang lepas, dan seperti mana anda mungkin tahu saya baru pulang daripada Korea atas mendapat jemputan memberi talk di sana, dan nak dijadikan cerita semasa di sana, saya nak naik pentas beri talk, slide yang keluar ada masalah teknikal sedikit. Slide yang keluar bukan slide yang saya nak sampaikan kepada orang ramai.

So, dalam keadaan tertekan macam tu, di hadapan penonton-penonton lain, apa jadi pada saya masa tu, dalam minda dan dalam hati saya rasa marah ada, rasa geram ada, rasa tak puas hati ada. Sebabnya masalah teknikal yang saya tak dapat kawal. Slide berbeza dengan apa yang saya nak sampaikan. Tetapi oleh kerana saya ingat bahawa kunci kejayaan adalah sabar, saya sabar sahaja, saya redha sahaja, saya senyum sahaja di atas pentas tu. Orang ramai tengah pandang saya, slide bukan benda apa yang saya nak sampaikan tetapi, saya senyum sahaja dan apa saya buat, saya just sampaikan sahaja apa yang boleh dan seberapa mampu sewaktu itu.

Memang rasa marah, memang rasa geram tetapi kita tak nak tunjuk rasa marah, rasa geram kita tu. Kita cari dalam kesabaran dalam diri kita dan kita teruskan juga. Nak jadikan cerita lepas presentation saya walaupun saya tak puas hati, saya masih senyum, saya masih control, saya masih beri yang terbaik. Apa yang terjadi selepas itu, beberapa organizer daripada negara lain datang pada saya dan cakap presentation saya amat baik, amat bagus, mula-mulanya saya ingatkan mereka ini sengaja nak ambil hati saya sahaja.

Tapi, nak dijadikan cerita keesokan paginya, saya check emel saya dan saya dapat emel daripada organizer daripada USA. Dia kata dia dah tonton saya punya presentation semalam dan beliau berpuas hati sangat dengan apa yang saya sampaikan dan dia menjemput saya untuk membuat presentation yang sama di USA, New York pada bulan Jun nanti, InsyaAllah. So, saya mendapat jemputan atas kesabaran saya atas stage. Bayangkan kalau muka saya muka geram, muka marah atas stage itu, muka saya tak puas hati untuk mengendalikan atas kesilapan teknikal atas di luar kesilapan kita. Mungkin tak menjadi mereka nak menjemput saya ke luar negara pada bulan Jun nanti.

Jadi pesanan saya, memang ada keadaan di mana kita tidak dapat kawal keadaan sekeliling. Tetapi, untuk mencapai apa saja keadaan tak kira kejayaan karier, perniagaan, kejayaan hidup, kejayaan dalam keluarga, kita kena banyak-banyak bersabar. Mat Salleh kata It’s harder and it’s seem. Memang nak kata sabar itu memang mudah dan nak buatnya memang susah. Tetapi yang susah itulah yang akan menarik rezeki itu kepada kita.

Tetapi kalau kita marah, kita hilang sabar, takut Allah swt akan tarik balik rezeki kita oleh kerana dalam apa saja kita lakukan, apa saja masalah yang kita hadapi pastinya ada hikmahnya. Tetapi, hikmah itu akan datang apabila kita sabar, apabila kita redha dan terus senyum saja InsyaAllah. Itu saja daripada saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Assalamualaikum dan selamat malam.