Loading...

Ramai yang mahu perubahan tetapi ramai yang tak mahu berubah

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com

Dan topik motivasi pantas untuk kali ini adalah Ramai orang mahu perubahan tetapi ramai yang tak ingin berubah. Betul tak? Kita nak perubahan tetapi tidak mahu pula kita sendiri yang berubah. So di sini lah sebenarnya, untuk mencapai sesuatu, kita sendiri memang perlu perubahan.

Kita tak bolehlah tak berubah. Kita jangan expect sesuatu itu berubah kalau kita sendiri tak berubah. Kita jangan expect kalau kita buat benda yang sama sahaja, tapi keputusan dia jadi keputusan yang lain, berbeza. Takkan terjadi macam tu.

So sebenarnya nombor satu, perubahan yang pertama kita kena lakukan adalah perubahan pada jadual kita. Jadual harian kita. Kalau kita buat yang sama sahaja confirm takkan dapat benda yang berbeza. So, make sure jadual perubahan kita berubah. Kita lakukan benda yang berbeza, lakukan something different daripada apa yang selalu kita lakukan. Jadi, plan kan hari kita supaya ada ruang untuk lakukan perubahan tersebut. Tak kira perubahan nak lakukan perniagaan ke, perubahan untuk kita lebih kaya atau lebih berjaya dalam career kita. Tak kira apa saja perubahan yang kita mahukan.

perubahanKedua, perubahan apa yang anda perlu lakukan adalah perubahan dari segi attitude anda ataupun dari segi tabiat anda. Kita punya tabiat macam mana? Sikap kita tu macam mana? Bila kita kata tentang tabiat, kalau kita nak jadi seorang usahawan yang berjaya, orang lebih berjaya, lebih kaya dan sebagainya, kita punya attitude terhadap sesuatu itu perlu berubah. Meaning, kita punya tabiat perlu tabiat seperti seorang usahawan.

Kita perlu hari-hari lakukan benda yang baru tersebut secara consistently secara berterusan. Perubahan bukan main sekejap sahaja sehari dua, you dah boleh berubah, tidak. Perubahan akan mengambil masa yang lama, dia akan ambil masa yang konsisten. Itu yang kita kata istiqamah tu. Kita kena selalu lakukan benda yang berbeza tetapi selalu ulang benda yang sama secara konsisten untuk mendapat keputusan yang berubah. Bukannya masa tu kita buat, masa tu kita dapat keputusan, tidak. Tetapi kita kena buat banyak kali dan lakukan secara istiqamah then baru perubahan itu akan datang.

Ketiga, apa yang perlu dilakukan adalah perubahan yang paling penting sekali. Perubahan dalam minda kita. Mind set kita kena berubah. Kalau sebelum ni kita fikir kita boleh lakukan, then mind set kita kena fikir kita kena berjaya. Kalau sebelum ni kita rasa hidup kita susah miskin dan sebagainya, mind set kita kena kata, hidup kita boleh jadi kaya, hidup kita boleh jadi berjaya.

Kalau mind set kita selama ini dok kata kita akan gagal, kita kena keluar dari kegagalan dan cari kejayaan dalam apa bidang yang kita nak lakukan. Jadi, kita kena lakukan perubahan dan perubahan yang utama sekali datangnya dari mana? Dari minda. So bila ada perubahan di minda kita, dia akan ubahkan hati kita. Bila hati kita berubah, aksi kita pun berubah. Bila aksi ataupun action kita berubah, then apa jadi? Kita punya attitude ataupun action kita pun berubah.

So everything start with the mind, mind set kita ok? Kalau anda nak berubah menjadi seorang yang kaya, berjaya atau apa saja yang anda nak, pastikan ada perubahan. Jangan mengharapkan perubahan tanpa diri kita mahu melakukan perubahan tersebut.