Loading...

OPPSS TUNGGU DULUUU!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Oppss tunggu dulu!

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Bila kali terakhir kita bagi alasan? Kita tunggu dulu. Kita suka tundakan masa.

tungguMat Salleh kata kalau kita wait for later nanti akan jadi apa? Akan jadi never! Kita tak akan buat langsung. Mungkin pernah kita tunda sesuatu, kita kata tunggu dulu, tunggu dulu. Mungkin hari ini pernah buat, semalam pernah buat.

Mungkin sebelum-sebelum ini kita pernah lakukan sesuatu untuk mencapai cita-cita kita tetapi kita cakap tunggu dulu. Kita suka melengah-lengahkan masa. Itulah masalahnya dan paling masalah lagi adalah kita letakkan kata tunggu dulu, kita letakkan alasan. Alasan supaya membuatkan kita tak bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu itu. Kira kita punya alasan untuk menyelamatkan diri kita sendiri daripada melakukan sesuatu. Mungkin kita kata tak banyak masa. Itu mungkin alasan saja, sebab tak ada masa kita tak lakukan benda itu. So, bukan salah kita, tetapi kita salahkan masa.

Ataupun kita tak ada cable, kita guna alasan tak ada cable. Kita beri alasan untuk tidak lakukan perniagaan tersebut. Kadang-kadang kita buat alasan yang paling susah adalah alasan yang logik ataupun alasan yang kukuh. Because, alasan itu kukuh sangat-sangat membuatkan kita tak boleh lakukan sesuatu itu. So, kita nak tunggu dulu sampai alasan itu hilang tapi alasan itu sampai bila-bila akan ada. Betul tak? So, untuk mencapai cita-cita, kita tak boleh nak tunggu dulu. Kita kena lakukan sekarang juga.

Kita tak boleh beri alasan tetapi kita kena mencari penyelesaiannya juga. Jangan jadi macam ‘orang lain cari duit, kita cari alasan’. Okay lepas ni kita jangan tunggu dulu because anda sedang menonton motivasi pantas daripada saya Irfan Khairi. Kalau setuju klik share laju-laju. Assalamualaikum.