Loading...

Mengapa suka KRITIK?

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com

Dan saya bersama anda ingin kongsikan sedikit Motivasi Pantas. Topik kali ini adalah Kenapa suka Kritik.

Dalam nak mencapai apa juga kejayaan, kita selalu jumpa orang-orang yang suka mengkritik dan memang terasa sakit bila orang kritik kita. Kita nak berjaya orang kritik, orang tarik balik kita ke bawah, buatkan kita down, jadi mood kita pun jadi down.

jangan kritikPertama sekali, kita kena tengok macam ni. Sebab pertama kita nak tau kenapa orang kritik, sebab pertama kena tengok where are they coming from. Mereka kritik sebab apa. Kadang-kadang, bukan semua kritik itu tak bagus, ada juga kritik yang bagus. Contohnya kalau budak-budak tengah melepak di shopping centre and then ustaz datang kata eh! Pergilah sembahyang, pergilah ke surau, pergilah ke masjid. And then takkanlah budak-budak tu kata ala ustaz ni suka kritik pula. Nampak tak? Itu kritikan ke arah bagus.

Kita tengok Master Chef, kita tengok Akademi Fantasia dan sebagainya ada pengkritik di mana mereka mengkritik untuk memperbaiki. So kita kena tahu dari mana datangnya kritikan tu, where it come from. Kita kena audit dulu.

Contoh kalau anda yang menonton ini, join skim-skim cepat kaya, saya pun akan kritik betul tak? Tapi kalau saya, saya tak kritik la secara negatif, saya akan bagi positif juga supaya kita ada pilihan di situ. So nombor satunya, kita kena tahu dari mana orang yang mengkritik itu, apa niat mereka, apa sebabnya. Now you kena buat audit. Audit diri sendiri, audit keadaan semasa tu dan kalau kita tengok kita tidak tahu itu kritik ke, negatif ke, positif ke. Kita rasa buntu then solat istikharah. Kalau kita tak tahu, minta Allah S.W.T untuk tunjukkan apa yang perlu kita lakukan at that time. Nombor satu, tengok niat orang yang mengkritik tu.

Kedua, kenapa orang tu kritik? Sebab mereka tidak selesa tengok keadaan kita. Now, dalam dunia kita, everywhere around us 90% orang dalam keadaan biasa-biasa sahaja. Yang gagal ada, tapi yang keadaan biasa-biasa ramai. Tapi itu dah 90%. Yang nak berjaya, yang nak keluar dari kebiasaan ada about 10% sahaja, tak ramai. So bila orang yang biasa-biasa ini dia tak selesa (tidak semua), kadang-kadang mereka tidak selesa melihat mereka yang nak keluar dari kebiasaan. So itu zon selesa mereka. Untuk kita berjaya, kita kena keluar dari zon selesa kita kan? Ada juga orang lain, mereka ada zon selesa di mana mereka tak selesa bila tengok kita nak berjaya. So mereka akan kritik, mereka akan rasa tidak selesa. So itu yang membuatkan orang kritik.

Ketiga, sebab apa mereka kritik? Ada sesetengah orang tapi tak ramai, yang memang orang yang negatif. Mereka ini suka dengki, mereka ini iri hati. Memang ada orang-orang macam ini. Tapi apa pun, kalau anda dapat kritikan, welcome to the club. Kalau anda nak berjaya, mesti ada kritikan. Saya dulu masa nak mulakan perniagaan kena kritik. Matlamat saya nak jadi jutawan, kena kritik. Saya nak mengajar orang business internet, kena kritik. Saya ke luar negara untuk beri talk di luar negara dan penuhi jemputan, kena kritik juga. Ada je orang kritik. So memang ada saja orang akan kritik tidak kira apa yang kita lakukan.

So apa yang kita boleh buat adalah pekakkan telinga and then kita buat sahaja. Lari jauh-jauh dari orang yang suka kritik macam ini. Dan pesanan kepada orang yang suka mengkritik, ini pun pesanan kepada kita semua dan juga peringatan kepada diri saya sendiri, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa Allah S.W.T memberi rahmat kepada orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan atau diam lalu mendapat keselamatan (Hadith Riwayat Ibnu Mubarak). So hadith pun kata kalau kita tiada benda nak cakap yang baik then better just keep quiet, zip it up. Jangan kacau mereka yang nak cari kejayaan, nak cari kemenangan. Apa saja, dimana saja keadaan anda, kritikan itu adalah sesuatu yang biasa. Kita jauhkan kritikan ini sebab ia akan menurunkan mood kita.

Itu Motivasi Pantas untuk hari ini. Saya Irfan Khairi dari irfankhairi.com. Terima Kasih kepada anda yang menonton video ini.

Bagi anda yang ada akaun Instagram follow saya di Instagram irfan_khairi sebab saya tak ramai followers Instagram. Untill next time saya berjumpa dengan anda secara live ataupun secara rakaman di Motivasi Pantas bersama saya IK. Assalamualaikum.