Loading...

Mengapa kita tak yakin

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com dan untuk motivasi pantas hari ini saya nak kongsikan mengenai Kenapa Kita Tak Yakin. Nak lakukan sesuatu, nak mulakan perniagaan ataupun nak mulakan sesuatu yang baru, nak cari idea yang baru ataupun nak lakukan apa sahaja, kadang-kadang kita rasa tak yakin. Kenapa kita tak yakin? Ada 3 sebab.

tak-yakinNombor satunya, kita tidak pernah mencuba. Kalau kita tak cuba, kita takkan tau. Kalau kita tak cuba, mat saleh pun kata practice make perfect. Betul tak? Macam saya pun nak bercakap dengan anda ni pun bukannya yakin pada mulanya tapi apabila dah practice, bila dah cuba buat banyak kali, lama-lama keyakinan diri itu datang.

Keyakinan diri tidak akan datang tiba-tiba, tetapi anda kena practice, anda kena cuba, anda kena try, anda kena test dan insyaAllah keyakinan tu akan datang.

Keduanya adalah kenapa kita tidak yakin sebab kita takut gagal. Now, takut gagal ini masalah utama. Gagal is ok. Kita akan belajar dari kegagalan. Tapi kalau kita takut gagal, kita takut sesuatu terjadi, kita takut benda tu tak jadi, kita takut, kita nak control saja. Kalau kita takut gagal, kita tidak ambil langkah pertama. Masalahnya kalau kita takut gagal kita tidak akan ambil langkah pertama.

Yang ketiga, kita terlalu banyak fikir negatif. Yang masalahnya, negatif tu datang dari luaran, orang yang bagi kata-kata negatif pada kita membuatkan kita tidak yakin. Tapi yang lagi teruknya datang dari dalam diri kita sendiri, dari kepala kita. Itu lagi susah. So don’t worry kalau ada orang kata, yang penting apa yang anda kata dalam diri anda sendiri.

Jadi, bagaimana nak meningkatkan keyakinan diri? Make sure anda practice makes perfect. Nombor dua, jangan takut gagal. Ketiga, fikir banyak positif, buangkan segalanya yang negatif. InsyaAllah lepas ini anda yakin dengan apa yang anda lakukan. Saya Irfan Khairi dari irfankhairi.com, hingga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum.