Loading...

Mengapa kita MALAS?

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tip motivasi pantas. Yang pertamanya, mengapa kita malas? Sebab.. Kita tidak mempunyai matlamat. Sebenarnya 98% orang dewasa tidak mempunyai matlamat. Bila tiada matlamat, kita akan rasa malas. Contoh jika main bola, kalau tiada tiang gol tentunya tidak ke mana.

jangan malasPastikan kita ada matlamat baru hilang rasa malas. Keduanya, kenapa kita malas? Kerana kita tiada push atau desakan dari orang lain. Kadang-kadang kita beli gym equipment untuk kegunaan di rumah, sampai berhabuk gym equipment kita sebab tiada siapa nak push. Kalau pergi gym, tengok abang-abang sado semua bersemangat nak bersenam. Kita dapat aura daripada situ. Kalau nak hilang malas kita kena join dengan orang yang sedang lakukan apa yang kita lakukan.

Ketiga, kenapa malas adalah kita sering rasa selesa. Sebab kita terlalu selesa dengan keadaan semasa. Perkara ini menjadi masalah menjadikan kita rasa kurang untuk usaha lebih.

Pastikan ada matlamat, join orang-orang yang rajin dan yang akhir jangan rasa selesa sangat. Ingat seperti Sabda Rasullah SAW “Sesungguhnya orang yang paling berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam”. Dan orang yang gagal adalah orang yang teruk hari ini daripada semalam. Manakala, orang yang terpadaya adalah orang yang hari ini sama sahaja daripada semalam. Itu hadis Bukhari dan muslim. Jika ingin berjaya, kita jangan sama sahaja. Kita perlu buang perasaan malas jauh-jauh, insyaAllah kita boleh berjaya.