Loading...

Matlamat biar tinggi!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 28hb Mei ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum Salam Maal Hijrah. Saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com

Nak beri sedikit motivasi pantas dan daripada Tokyo, Japan.

matlamat tinggiMotivasi pantas hari ini adalah, bila kita ada angan-angan, kita ada cita-cita, kita ada matlamat, kita ada goal tak kira apa sahaja anda panggil, pastikan ianya adalah tinggi. Letakkan matlamat yang tinggi. Lagi tinggi lagi best. Sebab mat saleh kata, “shoot for the star”. Kalau kita tak dapat capai bintang, kita masih lagi dapat capai bulan.

Seperti contoh, kita nak naik tower ni. Matlamat nak naik tower, so kita akan naik perlahan-lahan sampai penat. Penat-penat pun sampai putus asa pun, kita dah sampai separuh jalan.

Kita cuba lagi, naik lagi dan lagi, kemudian kata kan lah penat dan tak sanggup lagi. Kalau tak sanggup, tak apa untuk berhenti kat sini. Tapikan apa jadi, kita dah naik tinggi dah sebab matlamat kita nak sampai puncak diatas tu.

Itu maksud dia, pasang matlamat yang tinggi. Lagi tinggi lagi bagus, tak capai tidak mengapa. Yang penting kita dah berusaha, kita dah ikhtiar dan berdoa. Kita ada niat nak capai matlamat tu, tapi kalau tak capai, itu mungkin bukan rezeki kita.

Tetapi bila kita letak matlamat yang tinggi macam atas ni, InsyaAllah kita akan capai juga somewhere dekat-dekat atas ni, ada rezeki akan sampai ke atas puncak.

Terima kasih kepada anda yang mengikuti saya secara live dari Tokyo. Salam Maal Hijrah kepada anda semua di Malaysia. Mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Assalamualaikum semua, hingga kita berjumpa lagi.