Loading...

Katakan TAK BOLEH

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Ada kalanya bila kita dalam keadaan dimana orang minta bantuan kita, tidak kira minta bantuan dari segi usaha kita ke, minta bantuan waktu, atau minta bantuan duit, ada kalanya kita tidak boleh berikan. So, macam mana nak buat sebab nak cakap “no” tu agak berat, betul tak?

katakan-tidakKita ni lemah lembut, kita ni nak membantu orang dan sebagainya. Memanglah bagus untuk kita bantu. Tetapi, tips saya hari ini adalah specifically kalau dalam keadaan kita tak boleh membantu, kita tak berkemampuan untuk membantu. Kita tak ada masa untuk membantu. Strategi untuk bercakap no untuk reject sesuatu tu boleh menjadi penting kepada kita sebab masa kita pun terhad, wang kita pun terhad untuk membantu orang lain.

Tetapi ada kalanya ada yang tak faham-faham, mereka minta juga.

Yang pertama cuba offer atau cuba beri pilihan yang lain, contohnya kalau kita tak cukup duit, orang nak mintak kita pinjam duit, kita tak cukup duit kita kata pinjamlah duit daripada orang lain. Kita bagi pilihan lain, itu contoh sajalah. Ataupun orang mintak kita bantu mereka masa kita. Katakanlah kita tak ada waktu sekarang ini, cuba kita minta pertolongan daripada si polan – si polan. So, bagi pilihan, bila kita kata “no” kita bagi pilihan lain, supaya orang tu tahu ada pilihan lain, bukan kita sahaja.

Keduanya, kalau kita cakap no, kita bagitahu keadaan kita. Tapi bukan dalam keadaan terperinci. Sebenarnya bila orang minta bantuan kita, kita nak cakap tidak, kita cuba bagi penjelasan. Sebab lagi terperinci lagi kita bagi penjelasan, lagi banyak ruang orang itu minta bantuan daripada kita. Okay jadi katakanlah kita tak cukup masa, kita tak payah lah cakap tak cukup masa dengan mengatakan nak ambil anak kat sekolah, lepas tu nak pergi pasar, nak pergi tengok tv dan sebagainya. Itu tak payah terlalu in detail. Sebab terlalu banyak in detail lagi banyak ruang untuk dia counter balik apa yang kita cakap tu.

Dan yang ketiganya, ada kalanya dia degil sangat, nak juga minta bantuan kita, dan kita dalam keadaan yang tidak boleh memberi bantuan, masa kita terhad atau wang kita terhad. Apa kita nak buat? Mungkin mereka ini desperate sangat-sangat mintak bantuan kita, ataupun mereka yakin yang kita akan ubah fikiran. Dalam keadaan ini bagi sayalah, kalau orang respect, kalau orang tak hargai pilihan kita, apabila kita kata tidak tadi tu, ada kalanya kita kena respect diri kita sendiri, di mana diri kita sendiri kena be firm, be confident daripada cakap no. Sebab bila kita cakap no, ataupun kita tak dapat membantu, in a way ia akan meningkatkan lagi keyakinan kita sebab kita respect diri kita, kita respect waktu kita, kita respect usaha kita, wang kita dan sebagainya. Contoh kalau orang minta kita diskaun, kita tak boleh bagi diskaun cakaplah tak boleh, takkan nak bagi jugak diskaun, so jadi seperti mana yang saya sebutkan tadi kalau boleh memang kita nak bantu orang.

Lebih banyak kita membantu orang, lagi ramai orang akan membantu kita tapi ada kalanya di dalam keadaan kita tak boleh nak membantu. Kat sinilah kita selesakan diri kita bercakap no, sebab nak cakap no atau tak boleh tu kan, adalah zon selesa kita juga. Memang berat kita nak cakap, tetapikan kalau kita terlalu selesa, kita tak cakap no. Nanti sampai bila-bila kita terima sahaja apa yang orang minta pada kita. Dalam keadaan ini, takut self-confident kita jatuh. Okay itu saja daripada saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. InsyaAllah kita jumpa lagi.