Loading...

Jangan terlalu SELESA!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Ada kalanya kita terlalu rasa selesa, bunyi selesa bunyi macam best kan? Tapi ada kalanya bunyi itu akan halang kita untuk mencapai kejayaan.

jangan-selesaAssalamualaikum saya Irfan Khairi, daripada motivasipantas.com. Untuk berubah, kita kena ubahkan diri kita dahulu. Dapat keputusan yang berbeza pastikan diri kita berubah. Cara berubah adalah kita keluar daripada zon selesa kita. Nak keluar daripada zon selesa kita bunyinya agak mudah, tetapi saya faham ianya susah ada kalanya.

Nombor satu, kalau kita keluar daripada zon selesa, kita akan dapat ilmu-ilmu baru. Kalau kita selesa sangat dengan apa yang ilmu kita sedia ada sekarang ini, itu dalam keadaan yang bahaya. Kita jadi tak nak cari ilmu baru, kita rasa macam ilmu yang kita ada sudah cukup, kita dah rasa diri kita cukup hebat dah. Bahaya sangat-sangat.

Keduanya, kalau kita keluar daripada zon selesa, kita akan perlahan-perlahan keluar dari zon malas sebenarnya. Sebab, apabila terlalu selesa ia jadi satu habit atau jadi satu tabiat, kita jadi tak nak buat benda yang baru. Kita tak nak sedikit pun keluar, lama-lama “mat salleh kata.. macam spoiled. Kita akan rasa spoiled dengan keadaan kita yang terlalu selesa sangat. Jadi, bila kita keluar dari zon selesa, kita akan keluar dari zon malas.

Yang ketiga, bila kita keluar dari zon selesa kita, “mat salleh kata kita ada sedikit anxiety atau perasaan takut. Perasan tak? Pernah tak kita lalui, bila kita nak buat sesuatu yang di luar keselesaan kita akan rasa sedikit takut, sedikit risau. Bunyi negatif bila kita rasa takut, itu akan memberi fokus kepada kita, itu akan memberi kita lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu, jadi pastikan anda juga keluar daripada zon selesa anda, sebab bunyi selesa bunyi macam best. Sebenarnya kan ianya bunyi amat-amat bahaya. Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk ke tahun baru 2016 kan. So, pastikan tahun 2016 anda akan sedari mulai dari sekarang untuk keluar dari zon selesa anda, alright! kalau setuju share laju-laju. Assalamualaikum.