Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!
Anda perasan tak kanak-kanak ni selalunya agak kreatif?
Assalamualaikum.
Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan Thomas Edison ada sebut bahawa The greatest invention in the world is the mind of a child sebab budak-budak, mereka ini sangat-sangat kreatif. Tapi somehow bila dah dewasa along the way dalam perjalanan kita daripada kanak-kanak sampai lah kita dewasa, ada banyak halangan-halangan yang membuatkan kita rasa takut, buat kita rasa risau nak lakukan sesuatu yang kreatif oleh kerana halangan-halangan tersebut. Mana taknya, kat sekolah bila kita buat sesuatu benda itu jadi salah, benda itu jadi tak betul.
Mungkin juga kat rumah apabila kita lakukan sesuatu, ibu dan ayah katakan itu tak betul itu salah dan sebagainya. Because terlalu banyak benda tak betul sepanjang perjalanan kita dewasa, apa jadi nanti, kita takut untuk jadi kreatif. Kita tak boleh rasa takut, tak boleh rasa teragak-agak nak lakukan sesuatu. Kita tak boleh rasa risau apa orang tak suka apa kita lakukan. So, untuk jadi lebih kreatif, sebahagian daripada usahawan yang berjaya, kita kena ubah perasaan takut itu, kita ubah dengan perasaan ingin tahu. Rather than kita takut dengan apa orang kata, kita kena tahu dengan apa orang kata, rather than kalau kita takut benda tu gagal, kita kena tahu sama ada gagal, sama ada akan berjaya. Daripada kita takut idea kita tidak diterima ramai kita kena tahu ada tak permintaan apa bila kita lakukan idea tersebut.
So ubah perasaan takut kepada ingin tahu. Dan ramai yang berjaya. Mat salleh kata, “mereka yang curious, mereka yang ingin tahu sesuatu”. So motivasi pantas pada hari ini adalah ubah perasaan takut kepada perasaan ingin tahu, InsyaAllah ia akan membantu kejayaan anda. Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Sehingga kita berjumpa lagi.