Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!
Assalamualaikum.
Saya Irfan Khairi dari Irfankhairi.com dan sekarang ini saya berada di Tokyo. Untuk motivasi pantas kali ini, saya selalu dapat emel dari followers saya, daripada facebook yang mereka hampir-hampir nak putus asa.
Macam mana bila dah rasa nak putus asa, kalau kita dah usaha dalam 3-7 bulan sebenarnya tak cukup pun. Sebenarnya diri saya pun ambil masa yang lama untuk capai matlamat saya. Sebagai contoh, saya berada di Tokyo mendapat jemputan ke sini, usaha saya dari tahun 2005 sampai tahun 2012 baru saya mendapat jemputan dari luar negara.
Usaha ini bukan instant, ini semua atas usaha yang berterusan. Bayangkan, kalau macam dulu-dulu, orang nak pecahkan batu menggunakan tukul besar, mereka perlu ketuk 100-200 kali tak rosak pun dan tak ada kesan pecah. Mungkin ketukan yang ke-300 kali batu itu akan pecah. Sememangnya kita akan usaha bukan 10-20 kali berhasil, yang penting kena istiqamah dan kena usaha lagi.
Nasihat saya, putus asa bukan pilihan. Sekarang ini ramai yang tanya pada saya mencapai kejayaan umur 25 tahun untuk mencapai sejuta, sebenarnya saya mula berusaha sejak 18 tahun lagi bukan pada umur 24 tahun. Keep on Usaha, never ever Give up! Saya suka tengok movie Appolo 13 hero, Ed Harris dia nak beritahu Tom Hanks untuk betulkan satellite, Ed harris kata failure is not an option, putus asa jangan dijadikan pilihan.
Ingat seperti orang ingin pecahkan batu, perlukan 100 ketukan tanpa kesan apa-apa, mungkin yang ke-301 baru dapat pecahkan batu itu. Untuk berjaya, sama-sama kita kena teruskan usaha untuk berjaya. Mungkin bertahun-tahun untuk kita berjaya. Kita jangan ada istilah putus asa dalam kamus hidup kita.
