Loading...

Jangan pulak PUTUS ASA!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Memang betul dalam usaha apa saja kita nak capai matlamat, lebih-lebih lagi matlamat yang besar, ada kalanya kita rasa nak putus asa.

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan bila kita rasa nak putus asa, sebenarnya kita tak perasan ada kalanya kita ada hari yang bagus.

jangan-putus-asaAda kalanya kita ada hari yang tak bagus. Tetapikan, ada hari yang baik, ada hari yang tak baik kita lalui adalah satu cabaran untuk kita menguatkan lagi diri kita sendiri. Bak kata mat salleh, “when the going got tough, the tough get going”. Ertinya ia akan jadikan kita sebagai cabaran untuk menguatkan diri kita lagi, diri kita sendiri supaya lebih kuat lagi nak menghadapi apa saja cabaran.

Dan, bila ada hari kita tak baik itu sekarang ini, katakanlah sekarang ini kita hadapi hari yang tak bagus. Tak baik sekarang ini, sebabnya apabila kita nak berputus asa ia adalah untuk kita mendapat hari yang baik pada hari-hari yang akan datang. Dan kalau benda itu tak menjadi, jangan putus asa, kalau plan A tak menjadi kita ada banyak lagi huruf kan? Kita ada plan B, plan C ada, plan D ada dan banyak lagi plan.

So, jangan sebab plan A tak menjadi kita terus berputus asa, sebab kita dah kata benda itu dah gagal. Cuba cara-cara yang lain. Dan satu lagi, mana tahu sikit lagi nak berjaya kita pulak masa itu nak putus asa. So, kita akan rasa rugi kat situ. Last sekali is, kalau anda rasa dah nak putus asa, anda cuba fikir balik, kenapa anda memulakan sesuatu itu dahulu. Cuba ingat balik kenapa anda mula. Cuba ingat balik semangat yang anda ada dulu-dulu tu kenapa anda mulakan. Kenapa anda usahakan. Apa matlamat anda masa mula dulu. Cuba dapatkan kembali semua itu, InsyaAllah itu akan memberikan anda semangat balik untuk teruskan lagi supaya anda jangan putus asa. Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Kalau anda setuju cuba share laju-laju!