Loading...

JANGAN buat keputusan bila…!?

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Dan kata orang tua-tua, bahawa jangan buat keputusan apabila kita lapar. Sebab selalunya bila kita lapar kita buat keputusan selalunya salah.

jangan-buat-keputusan-meluluKeduanya, kita jangan buat keputusan apabila kita marah, sebab emosi terganggu. Kalau kita buat masa kita tengah marah, tak menjadi keputusan kita itu.

Dan yang ketiga, jangan buat keputusan masa kita penat. Bila kita penat mungkin minda kita pun penat maka keputusan yang kita buat pun tak setepat mana. Apa cara nak buat keputusan yang betul? Saya akan beri anda tiga cara:

    1. Apabila nak buat keputusan, kadang-kadang kita tak tau nak buat keputusan itu betul ataupun tidak. Bayangkan anda memberi nasihat kepada kawan anda, anda beri nasihat kepada keluarga anda, anda bagi nasihat kepada kenalan anda. Kalau kita nak buat keputusan pada diri kita sendiri, mungkin terlalu banyak yang kita fikirkan. Begitu banyak emosi yang bermain dalam emosi kita, dalam minda kita. Bila kita fikir kita memberi nasihat seorang kawan, keluarga ataupun kenalan, kita memberikan keputusan yang baik. Kita memberikan advise ataupun nasihat yang baik. Oleh itu, nombor satunya, bayangkan seperti kita memberi nasihat dan membuat keputusan kepada kawan kita.

 

    1. Keduanya, apabila nak buat keputusan adakalanya jangan ambil terlalu banyak sangat maklumat, banyak sangat informasi. Now, memang kadang-kadang kita cuba dapatkan seberapa banyak informasi kemudian baru buat keputusan. Masalah dia kat situ adalah terlalu banyak sangat maklumat, terlalu banyak sangat informasi, kita akan overload dengan informasi. Kita dah confuse nak buat ke tak buat, nak lakukan atau tak lakukan. So, kat sini kena hadkan dan limitkan maklumat yang kita dapat, kita fokuskan maklumat yang kita rasa relevant sahaja untuk kita membuat keputusan itu dan ini membuatkan kita membuat keputusan yang lebih tepat lagi.

 

  1. Yang ketiga, yang terbaiknya adalah apa sahaja keputusan kita adalah lakukan solat isthikarah. Kita boleh lakukan siang boleh, malam boleh. Tetapikan dikatakan lebih baik kita lakukan sebelum waktu kita tidur. Kita minta penunjuk Allah SWT untuk memberikan keputusan tergerak hati kita untuk membuat keputusan yang tepat, keputusan yang betul.

Yang pasti kalau ingin membuat keputusan jangan buat time kita marah, time kita penat, time kita lapar. Tetapi, gunakan 3 teknik yang saya sampaikan tadi.

Assalamualaikum. Jumpa lagi!