Loading...

Jangan beri ALASAN!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com dan topik motivasi pantas kita untuk hari ini adalah Jangan Beri Alasan. Now, kenapa kita beri alasan?

Nombor satunya, kita kena faham dulu bahawa ada perkara yang kita boleh kawal dan ada perkara yang kita tidak boleh kawal. Kadang-kadang benda yang kita boleh kawal, itu yang dijadikan alasan, so itu yang kita tak nak lakukan.

Contohnya kita punya matlamat nak turunkan berat badan, then alasan kita adalah kita tak boleh nak turunkan berat badan kerana isteri masak sedap sangat, isteri masak macam-macam, so kita tak dapat nak menurunkan berat badan. Itu alasan yang mungkin InsyaAllah boleh dikawal oleh kerana kita boleh berbincang dengan isteri, bersembang dengan isteri untuk menjaga kesihatan, sama-sama turunkan berat badan.

jangan-bagi-alasanSo faham dulu apa keadaan yang kita boleh kawal dengan apa yang kita tak boleh kawal. Itu antara sebab kenapa kita selalu beri alasan. Kita tak faham, sesetengah itu kita boleh kawal tetapi ada sesetengah tu yang kita boleh kawal, yang itu kita kena utamakan, yang tu kita kena beri perhatian supaya kita tidak beri alasan macam tu.

Keduanya adalah kita tidak ada kepercayaan kepada diri kita sendiri untuk mencapai sesuatu matlamat tersebut. So kita beri alasan supaya kita lari dari tanggungjawab melakukan sesuatu itu. Contohnya matlamat kita nak menulis buku, kita tidak percaya kita boleh siapkan kerja tersebut. Disitu kita cuba cari alasan yang lain supaya salahnya bukan kepada diri kita tetapi salahnya kepada keadaan lain, keadaan orang lain ataupun tak kira keadaan apa sekalipun. Sebab kita tidak percaya kita boleh mencapainya dan kita nak meletakkan blame atau salah pada keadaan yang lain, so kita akan come up dengan berbagai alasan.

Yang ketiga pula, bagaimana kita nak buang daripada melakukan alasan adalah tingkatkan keyakinan diri kita sendiri. Apabila kita yakin melakukan sesuatu, di situlah kita akan kurang memberi alasan. Tidak kira apa saja matlamat kita, matlamat kita nak mulakan perniagaan, matlamat kita nak cari modal memulakan perniagaan, ataupun matlamat kita nak capat target dalam sesuatu perniagaan. Tidak kira dalam perniagaan atau bukan perniagaan.

Apabila kita yakin nak lakukan sesuatu perkara tersebut, kita yakin benda tu boleh tercapai, dan di situ kita akan mencari jalan untuk mencapainya tanpa sebarang alasan. Antara soalan yang saya dengar adalah, ramai yang nak mulakan perniagaan tapi masalahnya adalah masalah modal, tak cukup modal, tidak ada modal. Jadi, di situ mungkin alasan relevan yang boleh dikawal tetapi ada keadaan di mana boleh dikatakan kita sendiri memberi alasan kerana nak letak blame, kerana kita tak yakin boleh mulakan perniagaan tanpa sebarang modal.

Contohnya kalau kita punya alasan tiada duit untuk mulakan perniagaan, adakah kita sudah ikhtiar secukup mungkin, adakah kita sudah cari semua method yang boleh dilakukan, adakah kita sudah berusaha kerja kecil-kecilan, mulakan perniagaan kecil-kecilan and then dapat modal sikit and then kembangkan perniagaan kita, ataupun semua ini hanyalah alasan kerana kita tak yakin seperti nombor dua tadi, kita tidak percaya kita boleh capai matlamat tersebut dan supaya kita rasa kita ini boleh dikatakan low self esteem dan kita tak nak salah tu jatuh kepada diri kita sendiri dan letak salah kepada orang lain, keadaan lain, pihak lain ataupun keadaan sekeliling.

Kalau anda nak buat apa-apa, buang alasan jauh-jauh. Pastikan ada keadaan di mana sebenarnya keadaan tu boleh dikawal. Kalau boleh dikawal, maknanya anda sendiri yang kena take action. Itu saja daripada saya Irfan Khairi untuk motivasi pantas hari ini, InsyaAllah kita jumpa lagi. Assalamualaikum, jumpa lagi.