Loading...

Jadi lebih baik dari PESAING

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Soalannya ialah, bagaimana kita nak jadi lebih baik daripada pesaing kita, bagaimana kita nak compete dengan pesaing kita supaya lebih hebat daripada pesaing kita. Yang ini ramai orang nak tahu kan? Sebenarnya ialah satu common sense, sesuatu yang kita boleh nampak sebenarnya, iaitu 3 perkara sahaja.

lebih-hebat-dari-pesaingYang pertama, anda kena ingin lebih baik daripada pesaing anda. Lebih banyak keinginan itu, lebih banyak lagi the wants itu.

Kedua, anda kena usaha lebih kuat lagi daripada pesaing anda. Anda kena usaha lebih keras lagi daripada pesaing anda.

Ketiga anda kena lakukan lebih banyak daripada pesaing anda, jangan lakukan lagi sikit. Lakukan lagi banyak daripada pesaing anda. So, benda ini common sense, kita kena buat lebih daripada pesaing kita.

Kita kena usaha lebih daripada pesaing kita. Kita kena lakukan lebih daripada pesaing kita dan kita ada drive lebih daripada pesaing kita. Baru kita boleh beat  mereka. Tetapi, masalahnya kita masih di dalam keadaan yang kita ingat ada jalan mudah, ada jalan senang, ada jalan yang simple di mana bagaimana jalan untuk berjaya. Sebenarnya dalam kejayaan memang tak ada shortcut, memang kita kena usaha. Saya sendiri pun memang usaha sendiri apa saja saya capai hari ini.

Dan pelajar-pelajar saya yang berjaya, mereka berusaha untuk mencapai kejayaan-kejayaan mereka. Sebenarnya kita ini sebagai manusia kita secara psikologi nak lakukan benda yang mudah dan simple. Contohnya, kalau kita tengah lari dalam marathon dan kita ada dekat belakang, kita dekat last-last tempat yang corotlah juga, apa yang jadikan, tiba-tiba datang teksi, kita nak naik teksi itu sebab kita nak mudahkan supaya diri kita ke depan. Tapi, tak aci lah kalau macam tu kan? So, sama juga dalam kejayaan, mana ada aci, mana ada shortcut, mana ada jalan mudah, mana ada jalan pintas untuk mencapai apa saja kejayaan.

Memang kita kena lari dalam marathon itu dari tempat tercorot nak pergi ke tempat ke depan tu, memang kita kena usaha lebih, memang kena lakukan lebih, memang kena ada keinginan dan ada azam yang lebih untuk mencapai kejayaan yang di hadapan pesaing kita. So, macam mana nak compete dengan pesaing kita? Bagaimana nak lebih daripada pesaing kita? Jawapannya common sense. Lakukan lebih banyak lagi. Saya Irfan Khairi dan sekiranya ingin menyertai program saya di www.OpenEducation.com.my, manalah tahu rezeki anda pula akan berada di hadapan pesaing anda dalam perniagaan internet. Kita jumpa di sana!