Loading...

Ini semua satu SABOTAJ!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Bila kita nak berjaya saja mesti ada yang datang sabotaj!

Fulamak! Tajuk kita motivasi pantas kali ini adalah bila kita nak berjaya, kita nak mencapai kejayaan, kita nak berusaha, ada sahaja orang yang datang nak sabotaj kita. Tapi masalahnya bukan saja orang luar yang sabotaj. Yang masalah utamanya ialah diri kita sendiri yang sabotaj diri sendiri. Macam mana tu ya?

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Nombor satunya ialah kita sabotaj diri kita sendiri bila kita tak nak raikan kejayaan-kejayaan kecil, Kita rasa kejayaan-kejayaan kecil kita ini tak ada apa-apa. Kita rasa macam, kita hanya nak merai dan kita hanya nak rasa best bila kita ada kejayaan yang besar. Kejayaan kecil kita rasa tak nak raikan. Sebenarnya itu adalah rasa satu sabotaj diri kita sendiri, tak kiralah kejayaan anda besar atau kecil, anda perlu menghargainya dan kena mensyukurinya. Bila anda mensyukuri dengan kejayaan yang kecil ini, di situlah anda dapat lagi banyak motivasi, kat situlah anda dapat lagi semangat, di situlah anda dapat lebih momentum, so jangan sabotaj diri kita sendiri, raikan kejayaan-kejayaan kecil.

sabotajKedua, bila kita sabotaj diri kita sendiri adalah, kita fokus kepada kegagalan, kita fokus pada benda yang negatif. Contohnya kalau sehari kita dapat benda-benda yang positif yang datang, kita dapat pujian daripada orang ramai, kita dapat capai matlamat kita pada hari tersebut, dapat settled kan banyak perkara pada hari tersebut kita rasa best, tetapi bila hari yang sama itu, ada satu benda negatif datang, katalah.. orang kutuk kita, contohnya satu orang kutuk kita jadikan semua yang positif kita akan lupakan, kita akan ingat sampai ke malam dan tidur, kita akan ingat semua benda yang orang kutuk kita tadi itu. Sebab apa, kita terlalu fokus kepada perkara yang negatif, kita fokus kepada kegagalan, kita fokus kepada failure, dan membuatkan kita tak nampak benda-benda yang positif yang jadi kepada diri kita sendiri. Sebenarnya anda telah sabotaj diri anda sendiri.

Ketiga, anda sabotaj diri anda sebab anda tak nak merancang, bak kata orang “bahawa kalau kita gagal merancang, maksudnya kita merancang untuk gagal. So, plan hari anda, minggu anda, plan bulan anda dan juga tahun-tahun anda. Rancang segalanya yang anda akan lakukan. Anda kena plan, kalau anda tak plan, anda sebenarnya plan untuk gagal. Sometimes bila anda plan, beberapa perkara akan terjadi. Nombor satunya, akan jadi jimat masa, yang keduanya akan jadi be more efficient, be more productive, dan yang ketiganya bila anda plan betul-betul di situ anda dapat siapkan sesuatu kerja itu dengan lebih pantas dan lebih cekap lagi. So, plan your days dan jangan sabotaj diri anda sendiri.

Ingat ya, nombor satu, anda kena hargai benda-benda yang kecil, yang kedua jangan memberikan fokus kepada benda negatif, jangan fokus kepada failure, fokus kepada positif sahaja dan yang ketiga plan kan hari anda.

Why not malam ini, mula plankan hari anda esok sebelum anda tidur. Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Selamat malam!