Loading...

Hidup macam roda. Kejap di atas, kejap di bawah

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com, dan motivasi pantas untuk hari ini adalah, kita ini sebenarnya macam roda. Kadang-kadang kita dibawah kadang-kadang kita diatas. Dan pastinya anda pernah dengar, betulkan? Dan bila kita di bawah sebenarnya adalah satu signal atau petanda untuk kita lebih banyak berusaha. Untuk kita berusaha ada dua cara. Cara pertamanya ialah bila kita usaha sikit demi sedikit, step by step kita buat, bak kata pepatah melayu “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.. betulkan?

jangan sombongTetapi cara kedua yang lebih efektif adalah apabila kita buat ‘A sudden burst’ . Orang melayu kata ledakan tiba-tiba di mana apa yang kita buat sikit..sikit ..sikit…untuk mencapai kejayaan, kita buat banyak terus. Kemudian sedikit..sedikit.. kemudian banyak terus. In other words, cara kedua kita kena all out pada mula-mulanya. Dan itu caranya yang lebih efektif bila kita di bawah. Seperti saya kata, hidup ini seperti roda, sekejap kita dibawah sekejap kita diatas. Dan bila diatas pula, jangan kita mendabik dada, jangan anggap kita dah terror, kita ni dah hebat dan power.

Kerana rezeki akan tiba-tiba sahaja Allah SWT boleh tarik balik. So, bila kita diatas ramai yang tanya saya macam mana kita nak maintainkan tahap kita diatas. Now, saya suka nak ingatkan anda bahawa nak memulakan sesuatu memang senang, tetapi apabila nak maintainkan sesuatu itu yang susahnya. Contohnya, kalau kita nak mulakan perniagaan memang senang, tapi nak maintainkan perniagaan itu susah. Contoh juga kalau nak mula pergi gym, senang saja.. tetapi untuk dapat diri kita untuk maintain kat situ susah. Betulkan?

Nak maintain, caranya adalah anda kena fikir macam roda tadi dimana kalau anda tidak bergerak, dekat situlah anda akan jatuh. Bila kita diatas kita kena banyak bergerak dan lebih fleksibel. Dalam kejayaan anda stay dimana anda sekarang ini sebenarnya keadaan sekeliling akan membuatkan anda jatuh ke belakang semula. Maksudnya jika dalam perniagaan anda stay dalam keadaan anda sekarang, pesaing akan beat dan kalahkan anda. Jika dalam karier anda stay di mana anda, rakan sepejabat anda akan beat anda.

So, bila anda diatas, anda sebenarnya tidak boleh stay diatas. Caranya ialah anda kena ada matlamat yang jauh lebih tinggi. Jangan mendabik dada bila kita di atas, jangan rasa kita dah comfortable. Bila kita diatas kita perlu ada matlamat yang lebih tinggi lagi dan kejar lagi matlamat itu.

Saya ulang semula apa topik kita tadi iaitu hidup ini macam roda, kadang kita dibawah kadang kita diatas. Bila kita dibawah, petandanya kita perlu berusaha dengan dua cara tadi. Tetapi bila kita diatas jangan mendabik dada kerana rezeki Allah SWT boleh tarik semula daripada kita pada bila-bila masa sahaja. Mudahan anda mendapat manfaat daripada motivasi pantas ini.