Loading...

Cita-cita BESAR atau kecil?

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Kali ini betul-betul pantas sebab kita masih lagi atas udara menghala ke Barcelona. Dan motivasi pantas kali ini, ramai tanya saya bagaimana kita nak letakkan matlamat di mana kita nak letakkan matlamat yang besar ataupun matlamat yang kecil. Matlamat yang besar mungkin kita susah nak capai. Matlamat yang kecil mungkin kita rasa lebih bersemangat.

cita-citaSebenarnya terbaik kita nak letak matlamat yang besar, sebesar-besar yang mungkin. Tetapi apa yang penting adalah besar macam mana pun, kita pastikan dan yakin akan mencapainya sebagai mat saleh kata believable. Dan yang penting sekali, adalah believable pada diri kita sendiri benda itu boleh tercapai. Bila kita yakin boleh berjaya, kita boleh mencapai pada diri kita sendiri dan kita memberi keyakinan kepada orang lain. Pada masa kecil-kecil dahulu, ramai orang terdekat kata saya ni jenis yang ambitious ataupun bercita-cita tinggi. Ataupun mempunyai cita-cita yang besar. Dan cita-cita yang besar dahululah yang membawa saya kemana pada hari ini.

So, kat situ anda tak perlu yakinkan orang tentang matlamat anda yang besar itu. Sebab orang tak akan percaya anda, orang tak akan yakinkan anda pun, sampailah anda mencapai betul-betul matlamat tersebut. So, nombor satu, siapa yang perlu anda yakin, boleh mencapai matlamat tersebut adalah diri anda sendiri. So, memang anda perlu matlamat yang paling besar, tetapi jika ada matlamat besar tak semestinya ada orang yakin, tak semestinya ada orang lain percaya, tak semestinya orang lain believe.

Tetapi, yang penting sebenarnya, anda sendiri yakin bahawa matlamat anda boleh tercapai. Lagi besar anda letak matlamat anda dan insyaAllah lagi besar pencapaian anda.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Dan jangan lupa kalau anda nak sertai program saya iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial dimana anda bersama saya, kita akan sama-sama mula dan kembangkan perniagaan anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Kita jumpa lagi!