Loading...

Cara urus masa!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com

Motivasi pantas untuk kali ini adalah, bagaimana untuk urus masa. Kalau kita nak urus masa, kita perlu menulis, buat apa yang nak buat pada hari itu. Katakan ada 10 perkara anda nak kena buat, tuliskan yang mana paling penting dan yang mana kurang penting atau yang mana tak penting langsung.

cara-urus-masaMaknanya dalam 10 senarai tu, tulis yang penting A, kurang penting B, tak penting langsung C. Apa yang anda perlu fokuskan yang paling penting dulu.

  1. Buat senarai bertulis, kemudian buat A, B, C

A – Paling penting

B – Kurang penting

C – Tak penting langsung

Bagi fokus pada yang paling penting dulu di awal hari, dimana hari anda sedang fresh. Lagi awal anda lakukan sesuatu yang mudah tu lagi mudah untuk diselesaikan. Jangan lakukan benda-benda penting ni di lakukan lewat malam atau lewat-lewat kerana mungkin mood anda pun dah tak berapa best.

  1. Buat jadual

Pukul berapa nak buat ini pukul berapa nak buat itu. Bila ada jadual macam ni, masa anda lebih terurus dan secara konsisten anda ikut jadual anda.  Kerja-kerja seharian saya, pukul berapa saya nak update facebook, pukul berapa nak balas email, pukul berapa nak tulis blog dan sebagainya dan jadikan tabiat untuk mempunyai jadual anda sendiri, jadual macam sekolah dulu.

  1. Deligate

Yang ketiga adalah deligate iaitu di tahap anda tak ada masa sangat, its about time untuk anda bagi orang lain untuk lakukan kerja tersebut lebih-lebih lagi anda seorang usahawan, sehingga anda rasa tidak cukup tangan, itu maksudnya anda perlukan pekerja tambahan atau deligate kepada freelance ataupun orang. Sebab in the end of the day kita tak ada masa, tinggal untuk kita deligate masa kita kepada orang lain dan minta mereka untuk buatkan kerja-kerja kita.

SO, untuk mengurus masa ada 3 perkara.

Nombor satu, Tulis senarai apa yang anda perlu lakukan untuk hari ini and letak priority A, B, atau C dan fokuskan kepada yang lebih penting.

Yang kedua, punyai jadual pukul berapa anda nak buat ni, pukul berapa anda nak buat tu. Lagi tepat lagi terperinci jadual anda mengikut jam lagi bagus lagi best.

Dan ketiga time to deligate, sebab at the end of the day kalau anda betul-betul tiada masa, tiba masanya untuk anda dapatkan bantuan orang lain. Khusus kepada usahawan , tiba masanya untuk anda dapatkan pekerja, dan pembantu untuk mencari lebih masa lagi untuk anda.

Jadi, itu adalah 3 tip saya untuk cara menguruskan masa. Terima kasih kepada anda yang mengikuti saya secara live ataupun rakaman, Assalamualaikum kita jumpa pada hari esok.