Loading...

Cara Motivasikan Diri

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari MotivasiPantas.com. Untuk kali ini, saya akan kongsikan cara macam mana kita nak memotivasikan diri. Kadang-kadang kalau kita pergi seminar atau kita baca buku, kita akan dapat inspirasi dan motivasi. Kadang-kadang kita rasa motivasi itu sekejap sahaja, sehari dua kemudian motivasi down dan jatuh.

motivasi diriSo, hari ini saya nak bagi 3 tips bagaimana anda sendiri ingin memotivasikan diri anda. Tips ini saya kongsikan, jika tanpa pergi ke seminar, tanpa baca buku atau bagaimana anda ingin lakukan.

Nombor satunya adalah untuk anda catatkan dalam jurnal atau rekodkan dalam jurnal. Ertinyakan apa sahaja matlamat kena catatkan. Dimana anda sebelum ini, dan apa progress anda. Katakan matlamat anda ingin berlari 10km dalam masa seminggu. Jadi, apa yang anda perlu lakukan, anda perlu ambil nota dan track pencapaian anda. Contoh hari ini 2km, esok anda track 2 km lagi, lusa anda track mungkin 3 km, kemudian anda track mungkin balance ada 2-3km lagi.

So, bila anda catat dan jurnalkan perjalanan anda untuk mencapai sesuatu, the good things bila anda lihat balik atau lihat kembali anda akan nampak progress anda, dan akan memberi motivasi untuk keep on continue lagi usaha anda. Sebab kalau kita keep track, kita tak tulis, kita tak catit, kita dah lupa dan kita tak nampak usaha kita sebelum ini telah mencapai tahap yang mana.

Yang keduanya ialah untuk anda ingat kembali apa pencapaian-pencapaian anda sebelum ini. Tidak kira pencapaian anda di sekolah, di kolej dan di universiti atau tempat kerja atau pun pencapaian menjalankan perniagaan. Apa yang boleh anda lakukan ialah senaraikan dan buatkan senarai apa pencapaian yang anda buat yang anda rasa bangga, anda rasa inspired iaitu apa yang anda penah capai dari dulu sampai sekarang.

Mungkin ianya kecil sahaja, tapi mungkin yang kecil itu anda hasilkan masa anda budak-budak lagi, so tidak mengapa, ia akan memberi inspirasi apa yang anda penah capai sebelum ini. Anda catitkan dalam buku dan di situ dijadikan sebagai satu peringatan kepada anda. Pencapaian-pencapaian anda sebelum ini tidak kira bidang apa anda lakukan sebelum ini dan bila anda go through balik anda akan rasa inspired balik dengan pencapaian sebelum ini. Rupa-rupanya banyak juga pencapaian anda sebelum ini. So, sekali lagi bila anda catit semua ini, anda akan ingat semula.

Dan tips saya yang ketiga pula adalah bagaimana ingin memotivasikan diri. Cuba buatkan sesuatu yang membuatkan anda berispirasi. Contohnya: katakanlah anda minat dengan muzik atau anda minat dengan lagu dan sebagainya. Cuba hasilkan 1 playlist, playlist lagu yang memberikan inspirasi.  Tak kiralah lagu Face For The Heart , Lagu Fikirkan Boleh, Lagu Revolusiku, anda buat satu senarai lagu playlist dan bila anda rasa down dan tidak berinspirasi, anda boleh dengar semula playlist itu.

Ini terpulang kepada anda apa yang memberi anda inspirasi dan yang boleh memotivasikan anda. Katakanlah anda sering mendapat motivasi apabila menonton movie, contoh-contoh movie yang memberikan inspirasi ialah Persue of happiness atau apa sahaja movie yang sebelum ini memberikan inspirasi, tonton semula movie tersebut kerana ia akan memberikan anda emosi.

So, apa yang kita sebutkan nanti sama ada muzik atau movie, keluar dengan family ke ataupun baca Al-quran, tidak kira apa pun, apa yang anda minat, anda boleh gunakan itu. Sebab ia berbeza dengan orang lain. Macam saya, suka dengar muzik, saya pun ada playlist untuk memberi inspirasi. Jika saya tiada semangat saya akan mainkan playlist tersebut. Bergantung kepada anda yang membuatkan anda berinspirasi dan anda lakukan itu dan anda akan dapat inspirasi secara tiba-tiba dan anda pun boleh motivated diri anda sendiri.