Loading...

Cara mendapat KOMITMEN 100%!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Ada kalanya kalau kita nak buat satu kerja, satu usaha, kadang-kadang kita ada mood, kejap tak ada mood. Bak kata orang, hangat-hangat tahi ayam. Mulanya nak buat bisnes ini, kemudian lompat ke bisnes lain. Bisnes tu tak jadi, dah ubah ke tempat lain juga.

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com, dan motivasi pantas kali ini adalah bagaimana nak mencapai komitmen atau bagaimana nak dapatkan komitmen, untuk melakukan sesuatu tugas, kerja, perniagaan, atau usaha sehingga berjaya. Ada tiga perkara kita kena ingat di sini.

komitmenYang pertama ialah dari segi mindset minda kita, perlu ada 2R, iaitu recharge kena selalu, revisit kena selalu, sebab kadang-kadang kita lupa matlamat kita yang utama, kita lupakan soalan the big WHY?, kenapa kita mulakan usaha tersebut. So, make sure kita selalu revisit kemudian kita recharge balik. Kita tengok balik apakah matlamat kita sebelum ini. Kenapa kita mulakan usaha tersebut in the first place. Kadang-kadang dalam tengah jalan-jalan kita lupa, kita hilang kita punya komitmen, kita ubah kepada idea lain dan sebagainya. Ok itu nombor satu, mindset kita be positif selalu, revisit kemudian kita recharge balik mindset kita. And then ingat balik matlamat.

Yang kedua, matlamat itu penting, matlamat itu kena jelas, kita kena tahu dengan jelas dan precise, apakah matlamat kita. Kita tak boleh tengok samar-samar saja matlamat kita. Kita kena jelas dan kita kena precise. Kita revisit matlamat kita tadi. Cuba dapatkan emosi itu sekali. Cuba dapatkan feeling sekali ke dalam hati kita, ke dalam jiwa kita. Apabila matlamat itu menjadi suatu emosi, disitulah kita semangat nak buat dan jadikan kita dapat komitmen kita kat situ.

Yang ketiga adalah fokus, kita kena fokus kepada benda-benda yang penting. Benda yang tak penting kita abaikan. Minda manusia itu multitask. Kita fikir macam-macam. Kita susah nak control minda kita. Kadang-kadang kita fikir benda itu tidak jadi dan sebagainya. Ada kalanya juga kita salahkan minda kita sebab kita ada bawa banyak sangat gangguan di luar sana. Contohnya program tv ada program best di sana. Kadang-kadang kita buat kerja kita nak berfacebook dengan kawan-kawan. Kadang-kadang kita tengah buat something, kita masuk pula ke youtube. Apa jadi nanti, kita akan jadi hilang fokus.

Alasan kita adalah kita ada banyak sangat gangguan. Sebenarnyakan gangguan tak akan datang kalau kita tak cari. Siapa suruh kita buka tv? Siapa suruh kita buka youtube? Siapa suruh kita buka facebook? Dan sebagainya. Gangguan memang ada di luar sana. Tetapi kalau kita fokus, kita fikirkan fokus kepada benda-benda penting sahaja. Benda yang tak penting kita abaikan. Itu yang akan memberikan momentum kepada kita. Kita kurangkan benda-benda yang mengganggu ini. Dan sebenarnya yang mengganggu inilah yang boleh kita control.

So, ingat ya tiga perkara tersebut untuk mendapatkan momentum. Untuk stay committed untuk mencapai apa-apa saja matlamat kita, fikirkan mindset, kemudian kita kena fokus dan satu lagi matlamat. Kita fokus kepada matlamat kita, Assalamualaikum. Sehingga kita berjumpa lagi. Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com