Loading...

Bila takde mood

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada IrfanKhairi.com, tiba masanya untuk berkongsi sedikit motivasi pantas. Saya nak kongsikan pada hari ini berkenaan dengan apabila kita tidak ada mood. Ramai orang tanya kita macam mana kita nak dapatkan balik semangat atau macam mana kita nak dapatkan semula momentum kita, tidak kiralah berniaga, kerja ataupun karier. Bagaimana nak dapatkan semula momentum kita apabila tidak ada mood.

tidak ada moodSebenarnya untuk mendapatkan semula momentum atau bila dah dapat semula semangat, kita perlu teruskan momentum kita supaya tidak terus down. Nombor satunya kita ni macam kereta. Macam kereta, kalau kereta kecil berkuasa rendah, pickupnya adalah lambat, dan kalau kereta itu berkuasa tinggi, pickupnya lagi cepat.

Jadi sebenarnya kalau diri sendiri, kita perlu upgrade minda kita sahaja. Upgrade minda kita supaya pickup lebih cepat, ertinya kita kena all out pada awalnya, disitu kita akan dapat momentum lagi mudah untuk kita dapat. Kalau kita awal-awal mula pun dah perlahan nanti momentum kita juga akan perlahan.

Yang kedua, kita kena lakukan apa yang kita nak buat berniaga, kerja, atau karier atau projek, matlamat kita setiap hari lakukan sedikit demi sedikit. Mula-mula memang all out kita lakukan sedikit. Sebab apa, sebelum ini kita dalam keadaan tidak selesa tidak lakukan apa-apa, and then bila kita selesa tidak lakukan apa-apa untuk melakukan sesuatu memang susah. So, untuk jadikan kita keluar daripada zon selesa tersebut, at least setiap hari lakukan sesuatu, jangan biarkan satu hari anda lakukan tanpa yang anda inginkan.

Make sure, everyday buat something, buat sedikit demi sedikit every single day, dan kita dapat pastikan momentum itu akan berterusan dan benda itu akan jadi tabiat kepada anda, akan menjadi habit kepada anda.

Nombor tiga adalah kita perlu bersyukur dengan pencapaian kita walaupun sedikit. Kadang-kadang bila kita rasa tidak bersyukur dengan pencapaian yang kita buat, sikit-sikit kita akan rasa give up, kita akan rasa macam apa yang kita dapat itu tidak bermakna dan tak berguna. So apa sahaja kita dapat pencapaian walaupun sedikit, kita perlu rasa bersyukur dan bangga. Ia akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk melakukan lagi momentum kita.

So, ingat ya tiga perkara yang saya kongsikan kepada anda bagaimana kalau hilang mood, dan kalau anda tak dapat tangkap saya cakap laju, replay semula video dan jangan lupa share 😉

Sebelum itu, perkara yang saya kongsikan boleh di summarizekan kepada riwayat Abu Daud dan Rasulullah SAW berkata bahawa : “Sesungguhnya Allah SWT menyukai sesuatu dan seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun” Kalau anda tak nak dengar cakap saya pun tak mengapa, tapi dengar hadis riwayat dan sabda Rasulullah SAW, insyaAllah. Itu saja bersama saya Irfan Khairi daripada IrfanKhairi.com, kita jumpa lagi untuk sesi akan datang, Assalamualaikum.