Loading...

Bila tak cukup MASA!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya daripada MotivasiPantas.com dan untuk hari ini, motivasi pantas saya adalah mengenai bila kita tak cukup masa. Apa nak buat apabila kita tak cukup masa?

Nombor satunya ialah ada satu konsep ini daripada Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20/80 dimana maksudnya 20% masa yang kita ambil, akan memberi 80% keputusannya. Ertinya, jika kita lakukan sesuatu yang menggunakan 20% usaha kita dan kita fokus kepada 20% dan kita fokus untuk memberi 80% pulangan daripada masa yang kita ambil itu adalah waktu yang paling efisyen kita. Pernah tak, dalam contoh kita dalam in the zone, kita tengah bersemangat sangat lakukan sesuatu, and then kita fokus dalam satu jam pun kita boleh hasilkan kerja untuk 2-3 jam punya kerja. Walaupun kerja yang kita hasilkan dalam satu jam in the zone itu.

masaMenurut Vilfredo Pareto, kita beri fokus 20% daripada masa yang kita ada untuk menghasilkan 80% daripada hasil kerja tersebut. Cuba cari apa yang 20% waktu anda untuk anda beri tumpuan, beri fokus sebab masa ini anda di in the zone, bersemangat. Anda tengah banyak energy dan itu akan memberikan pulangan yang terbaik. So, make use full in your time.

Yang kedua, always plan your time. Saya selalu amalkan sebelum tidur. Saya plan hari esoknya, dalam waktu yang sama kita kena ingat 20/80 Vilfredo Pareto apa yang kita nak buat pada waktu pagi, apa yang kita nak buat waktu petang dan apa yang kita nak buat pada waktu malam.

So, bak apa orang kata, “tak merancang” maksudnya kita merancang untuk gagal. Itu saya rasa ramai orang dah dengar. Kita rancangkan hari kita esok sebelum kita tidur malam nanti.

Dan yang ketiga adalah cuba bangun 30 minit lebih awal. Kalau nak tidur 30 minit lebih awal pun tak mengapa, tidurlah 30 minit lebih awal tetapi cuba bangun 30 minit lebih awal. Sebab 30 minit awal pagi itu banyak rezekinya, banyak keberkatannya. Cuba buat kerja anda di waktu pagi. Mungkin kerja yang berat kerja yang susah boleh selesaikan pada waktu pagi.

Kenapa kita fikir 30 minit? Kadang-kadang kalau kita dengar, buat sejam ini, sejam itu. Cuba anda fikirkan dalam bentuk minit. So, anda akan lebih menghargai masa anda. Okay, saya ingat ada satu malam tu, saya pergi berjumpa dengan Dato’ Fadzilah Kamsah, saya pergi ke pejabat dia dan tunggu di lobi sekejap and then staff dia turun dan kata pada saya.. “IK, Dato’ akan turun lagi 3 minit.” Okay dia bagi 3 minit. Tapi betul pun, Dato’ Fadhzilah Khamsah turun 3 minit selepas tu.

Itu menunjukkan betapa hebatnya, kalau orang berjaya, orang yang hebat, mereka akan menghargai waktu. Dan apabila menghargai waktu kita kena fikir dari segi minit, bukan dari segi jam. Sebab kalau jam, mungkin kita tidak rasa hargai sebab banyak sangat jam tu. Tetapi kalau fikir dari segi minit, InsyaAllah kita akan lagi precise mutu masa kita. Okay, itu sahaja daripada saya Irfan Khairi daripada MotivasiPantas.com. Kita jumpa lagi, InsyaAllah. Assalamualaikum.