Loading...

Bila tak capai matlamat… FRUST!?

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan sebenarnya usaha dalam mencapai kejayaan adalah umpama mendaki gunung. It’s always nak uphill battle. Memang susah nak daki gunung, kalau kita tak pernah nak daki gunung. Saya pun bukan pernah daki gunung. Apa kata kita berfikir macam kita memanjat tangga. Katakanlah kita nak naik lift, tapi lift tu rosak. Kita kena panjat tangga tidak kiralah 5 atau 10 tingkat atau 20 tingkat ke atas. Kita tak tahu berapa lama. Mungkin kita dah mengalami pengalaman ini.

matlamat-hidupAwal-awal nak naik tangga tu senang. Sebab apa? Kita tak rasa penat. Kat tengah-tengah tu dah mula rasa penat, kita mula rasa nak give up, tapi nak tak nak kita nak capai juga tingkat yang kita sasarkan tadi tu. Hujung-hujung nak sampai tu kita rasa penat sangat. Kita rasa tak larat dah. Kita push juga diri kita sendiri untuk capai kat atas itu. Bila dah sampai juga di atas ataupun kita punya matlamat dan sasaran kita tu, memang kita rasa penat. Kita dah capai, tetapi apa yang kita akan rasa lagi adalah kita akan rasa puas hati. Kita akan rasa kepuasan dalam diri kita sendiri. Yang pastinya anda pernah mengalaminya sendiri.

Nak naik susah, tetapi nak turun punyalah senang. Sama juga dalam kejayaan, memang kita kena pushkan diri kita. Macam mana pun kena pushkan diri ke atas. Tapi ada kalanya kita di tengah-tengah kita gagal. Kita jatuh sebab kita turun balik. Nak turun senang, maksudnya untuk berjaya kita itu hilang. Mungkin hangat-hangat tahi ayam, kita terus jatuh kita terus jatuh balik atau give up! Apa jadi kat sini adalah tak mengapa. Because, pengalaman yang kita memanjat tangga yang susah tu, membuatkan kita lagi kuat. Kita akan rasa engine kita akan rasa lebih bertenaga kat situ. Pengalaman ini, kita gunakan untuk tangga-tangga yang akan datang.

Tetapi, yang keduanya adalah adakalanya kalau kita jatuh mungkin bukan rezeki kita untuk memanjat tangga itu. Mungkin tangga itu adalah tangga yang salah. Mungkin sasaran itu adalah sasaran yang salah. So, maka di situ kita boleh mencari tangga yang lain, kita boleh cari cara yang lain, ataupun destinasi yang lain, matlamat yang lain untuk kita capai dengan pengalaman yang kita dah lalui dengan kekuatan yang lain untuk mencapai juga kejayaan.

So itulah enologinya mencapai kejayaan dan kalau kita rasa penat untuk mencapai kejayaan, kita rasa susah untuk mencapai kejayaan, sebenarnya seperti kita naik tangga. Di mana kita perlu extra push apabila dah sampai top itu, memang paling susah nak sampai atas sekali tu, paling susah tetapi bila push sangat-sangat, bila dah sampai atas tu, anda akan rasa amat-amat puas hati.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com. Jika anda ingin sertai program saya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, dimana saya bersama anda lebih 6 bulan membantu anda melakukan perniagaan internet, lawati www.OpenEducation.com.my. Kita jumpa di sana!