Loading...

Bila orang kata TAK BOLEH!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Kadang-kadang, bila kita ada matlamat, ada saja orang yang kata benda tu tak boleh dicapai.

Assalamualaikum saya Irfan Khairi.

Dan untuk motivasi pantas hari ini, beberapa tip Bagaimana Nak Buat Kalau Orang Kata Tak Boleh. Now apa yang saya nak sampaikan, bukannya bila orang kata tak boleh. Contohnya kita nak berusaha, kita ada matlamat ataupun kita ada idea, kemudian orang kata tak boleh. So apa nak buat? Sebabnya benda-benda macam itu akan demotivate kan kita, menjatuhkan motivasi kita bila orang kata tak boleh dilakukan.

Nombor satunya, aggap sebagai yang tak boleh itu sebagai cabaran. Di mana kita rasa tercabar. Cabar diri kita sendiri. Kan orang selalu kata, Pantang Dicabar, betul tak? Kalau pantang dicabar lakukan benda-benda tak senonoh tu janganla pula lakukan. Tetapi, pantang dicabar bila orang kata tak boleh. Jika orang kata bahawa matlamat kita tak boleh berjaya, impian kita tak boleh berjaya, usaha kita ini tak boleh berjaya, jadikan itu sebagai cabaran.

Sebab motivasi yang paling hebat adalah bila motivasi itu datang dari diri kita sendiri. Saya bagi motivasi kepada anda tidak sehebat mana kalau diri anda sendiri tidak ada motivasi. So, cabar diri anda sendiri, kalau orang kata tak boleh, disitulah anda dapat satu cabaran, trigger ataupun menjadi satu picu untuk anda bersemangat untuk membuktikan yang benda tu boleh berlaku. Anda punya matlamat boleh dicapai.

kata bolehKeduanya, Kalau orang kata tak boleh, maksudnya benda tu pelik atau jarang orang capai atau benda tu sesuatu yang tak ramai orang lakukan dan sebagainya. Ini adalah satu signal kepada anda bahawa benda tu best sebenarnya. Sebab untuk berjaya kita perlu berbeza, betul tak?

Dalam perniagaan kalau kita nak berjaya dalam perniagaan, kita kena berbeza dengan pesaing-pesaing kita. Contohnya idea yang terbaik adalah idea yang berbeza dengan apa yang sedia ada. So bila orang kata tak boleh, sebenarnya mereka sendiri rasa benda tu belum ada lagi dan itu adalah satu signal kepada anda that you are at the right track. Untuk berjaya memang kita kena be different, think different dan untuk berjaya kita kena act different.

Ketiga, kalau kita lakukan juga benda tu dan tak berjaya, mana tau rezeki tak ada, kita tak berjaya dalam bidang yang kita buat tu and then nanti datang la balik orang-orang ni and dia kata ‘tula kan dah kata dulu benda ni tak boleh, nampak dah gagal, dah failed. Nampak tak? Itu yang akan jadi. So kalau dalam keadaan begitu, tidak ada rezeki untuk kita berjaya, kemudian mereka ini datang balik, apa yang anda perlu lakukan ‘what is the big deal’ dalam apa sahaja kejayaan anda mesti mencuba.

Kalau kita tak cuba, kita tak tahu. At least kita cuba adalah sesuatu yang positif. Daripada kita tak buat apa-apa, kita demotivate kan orang, menjatuhkan semangat orang. Jika kita kata tak boleh, itu lagi merugikan, betulkan? So jika terjadi kepada anda, apa anda perlu lakukan adalah, cakap stop! Talk to the hand bro! Cakap pada tangan saya! Jangan ambil kisah benda-benda macam tu, sebab kita tahu untuk berjaya, kita kena banyak lagi mencuba. Tak kira orang kata tak boleh. Tetapi apa yang kita lakukan, kita perlu bolehkan. So kalau anda setuju, apa kata share laju-laju video ni. Saya Irfan Khairi dari Motivasi Pantas.

Assalamualaikum.