Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!
Bila nak capai kejayaan, memang selalunya akan jumpa jalan buntu. Bila jumpa jalan buntu apa nak buat?
Assalamualaikum.
Saya Irfan Khairi. Sebenarnya bila kita nak capai kejayaan, kita akan jumpa jalan buntu, di mana kita akan rasa stress, kita akan rasa tertekan, akan rasa nak give up dan sebagainya. So apa yang patut kita lakukan apabila berada dalam keadaan ini adalah anda kena stop dulu and take a step back. Kerana time-time macam inilah waktu yang terbaik untuk anda jangan lakukan sebarang keputusan.
Time-time stress anda buat keputusan, semuanya jadi tak betul. Jadi, berehat sekejap. Mungkin beberapa jam, mungkin beberapa hari supaya anda dapat lihat dan audit diri anda sendiri, audit keadaan sekeliling. Tengok bagaimana anda nak perbaiki atau cari jalan penyelesaiannya. Confirm apa saja masalah mesti ada penyelesaian tapi jangan buat sebarang keputusan untuk penyelesaian itu time-time anda tengah buntu, time-time anda tengah stress, time-time anda tengah tertekan.
Kedua, apabila jumpa jalan buntu, itulah waktunya anda cuba cari jawapan dari orang yang lebih berpengalaman. Tak kira apa saja masalah akan ada penyelesaiannya, juga masalah yang anda hadapi tu pernah dilalui oleh orang lain. So jadi jangan risau, orang lain pun pernah melaluinya dan anda perlu cari siapa pernah laluinya dan bagaimana mereka keluar dari kebuntuan itu.
Ketiga, apa nak buat kalau semua tu tak menjadi? Solat Istikharah. Minta petunjuk dari Allah supaya anda diberi cara penyelesaian, anda diberi ketenangan supaya anda dapat tahu bagaimana nak selesaikan masalah yang anda ada. So sebelum tidur, ambil wudu’ ambil air sembahyang supaya anda dapat tidur dengan tenang dan InsyaAllah esok pagi akan ada jalan dia bagaimana anda nak keluar dari jalan buntu anda tu.
Kalau anda setuju, klik share laju-laju. Assalamualaikum, saya Irfan Khairi dari motivasipantas.com, kita jumpa lagi.
