Loading...

Bila ada SUSAH, pasti ada HIKMAH!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Bila ada susah, pasti ada hikmah.

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan memanglah bila kita jumpa satu cabaran, bila kita nampak satu kesusahan, kita akan mengeluh. Kita akan mengadu dan akan rasa serba tertekan, dan bila kita lakukan semua ini, bila kita mengeluh, kita mengadukan, apa akan jadi? Kita tak nampak hikmah yang ada kat situ.

kesusahanAda satu quote ini mengatakan bahawa cabaran datang bukan untuk memusnahkan kita, tetapi cabaran datang untuk melihat potensi diri kita di mana. So, kalau fikiran kita negatif, kita hanya nampak cabaran itu sebagai menyusahkan kepada kita, kat situ agak susah nak dapat potensi diri kita sendiri. Tetapi kalau kita lihat cabaran itu lebih positif, kat situlah kita dapat cungkil dan paksa jadi kreatif lagi dan kita dapat mencungkil potensi diri kita sendiri, dan pastinya anda pernah dengar bahawa we are what we think, apa yang kita fikirkan, macam tu lah kita.

Bila kita letak sesuatu itu sebagai halangan, contohnya halangan ini adalah yang kita rasa, contoh kenapa anda tak boleh capai sesuatu itu, mungkin itu anda tak pernah capai. Kita rasa tak boleh capai. Ataupun sebelum kita nak lakukan sesuatu, nampak halangan. Sebab itu kita tak lakukan. Sebab kita rasa banyaknya halangan kat depan kita, so kita rasa susah nak capai. Atau satu lagi adalah bila kita nampak orang lain boleh capai tetapi kita dapat rasa orang lain boleh hebat atau lebih terror daripada kita. Ia jadi kepada diri kita sendiri susah nak capai kejayaan itu.

Seperti mana yang saya sebut itu adalah apa yang kita rasa saja. Hakikatnya kita boleh lakukan apa sahaja. Mat Salleh kata ‘the grass is always greener only the other side’. Kita lihat orang lain boleh buat kita rasa kita orang lain lebih terror daripada kita. Tetapi hakikat orang lain mempunyai potensi dari diri kita, macam mana nak cari potensi dalam diri kita adalah apabila kita hadapi cabaran bukan dengan mengeluh, bukan dengan mengadu bukan dengan cara tertekan tetapi hadapi cabaran dengan lebih positif. Itu akan mengubahkan cara kita yang susah menjadi sesuatu yang lebih berhikmah, InsyaAllah. Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com sehingga kita jumpa lagi.