Loading...

Berhenti berangan dan mula lakukan!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Semua orang pernah dengar angan-angan Mat Jenin. Bukan duk berangan je kerjanya, panjat pokok pun duk berangan.

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com dan motivasi pantas kali ini adalah untuk berhenti berangan dan cepat lakukan sebab manusia adalah insan yang punyai banyak sangat kemahuan. Kemahuan kita tak akan berhenti dan tidak akan habis.

beranganManusia ini juga adalah insan yang visual. Kita selalu visualkan apa yang kita mahu capai. Visualisation ini, atau memikirkan visual adalah sesuatu yang bagus kerana apabila kita fikir yang visual, visual itu akan jadi emosi. Emosi kita akan menggerakkan untuk mencapai matlamat kita. So, itu benda yang bagus. Tetapi apa yang tak bagusnya ialah ia tak menggerakkan diri kita sendiri. Dan kat situ adalah masalahnya.

So, kat sini apa yang telah kita lakukan dan kena lakukan ialah dengan mulakan sesuatu yang susah. Apa yang susah adalah langkah pertama. Memulakan sesuatu memang bukan perkara yang mudah. Tetapi, anda ingin tahu apa benda yang lagi susah daripada benda itu, adalah untuk maintainkan motivasi kita dan teruskan motivasi kita. Itu lagi susah untuk kita mulakan sahaja. Tetapi apa yang senang adalah kita duk berangan sahaja. Itu yang paling senang sekali. So, untuk kita berjaya kita tak boleh buat benda yang senang sahaja iaitu duk berangan tetapi kita kena buat benda yang susah juga iaitu kita kena usaha dan mulakan. Kita kena konsisten dengan usaha kita itu.

So, Mat Saleh kata, Stop wishing and start your action!

Assalamualaikum. Saya Irfan Khairi daripada motivasipantas.com.