Loading...

Bagaimana nak berjaya? Ketahui Formula F.O.K.U.S sekarang!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Hai saya Irfan Khairi dari IrfanKhairi.com dan sekarang ini saya nak kongsikan sedikit motivasi pantas kepada anda. Iaitu bagaimana nak fokus. Untuk berjaya kita perlukan fokus sebab fokus ini akan memberi kita lebih banyak tenaga, tumpuan dan energy untuk kita fokuskan kepada sesuatu kerja tu. Tanpa fokus akan berterabur kerja kita sebab kita ada banyak sangat idea, kita ada banyak sangat kerja dan kita ada 1001 usaha yang kita nak lakukan. Tetapikan kalau banyak sangat kita nak buat tanpa fokus, disitu akan lari sasaran kita.

Untuk berjaya kita kena ada fokus. FOKUS tu ada formula dia, ada makna, bukannya tiada makna. Tetapi ada Iaitu:

fokus motivasi pantasF : Fikir 1. Bukan fikir 2, bukan fikir 3 tapi fikir 1 sahaja. Ertinya untuk anda prioritise kan, letakkan hierarchy  pada kerja-kerja anda, tugasan anda ataupun idea anda dan anda pilih yang mana satu anda nak letak pada hierarchy yang paling tinggi ataupun priority yang paling tinggi, itu yang anda lakukan dulu. Contohnya sebaiknya sesuatu yang memberi kepuasan kepada anda, itu anda fokus dulu, sesuatu yang memberi pulangan kepada anda, itu anda fokuskan dulu. Apa yang anda buat, apa yang paling berbaloi sekali, itulah yang anda perlu fokuskan. Itu F, fikir 1 jangan fikir banyak-banyak. Letak priority.

O : Optimakan waktu anda. Kita manusia ada berbagai-bagai cara, berbagai-bagai pengalaman, tetapi masing-masing mempunyai waktu optima yang paling kreatif yang paling efficient ataupun paling produktif sekali. Contohnya kebanyakan kita waktu Optima adalah waktu awal pagi. Hadis pun ada kata rezeki datang berpagi-pagi dan keberkatan pun datang berpagi-pagi. So kebanyakan kita waktu pagi ini paling optima, paling efficient, paling produktif. Apa yang anda prioritise tadi itu, yang anda fokuskan dan fikirkan satu tu, buat di waktu pagi. Because waktu tu yang paling, mungkin paling fresh mind anda paling clear, paling kreatif, paling inovatif. Berbanding anda buat kerja yang paling penting lewat-lewat petang, lewat-lewat malam. Masa itu energy kita mula down. So O maksudnya adalah Optimakan waktu anda. Cari waktu yang anda paling optimum dan kita beri tumpuan pada waktu itu.

K : Kemaskan tempat kerja anda. Untuk dapat murah rezeki, kita kena jaga kebersihan kita. Termasuk diri kita sendiri, jaga kebersihan di rumah kita. Ataupun kita berniaga, kemaskan tempat perniagaan kita. Ataupun workstation, tempat kita lakukan kerja cuba kita kemaskan. Meaning kalau kita nak fokus pada 1 kerja saja, katalah kerja kita perlukan laptop dan buku nota, yang lain clearkan, hanya ada laptop dan buku nota saja. Itu akan membantu kita lebih fokus lagi dan murah lagi rezeki kita. K dalam Fokus adalah kemaskan tempat kerja kita, kita akan beri tumpuan apabila tempat kerja kita kemas. Macam mana kita nak fokus kalau kepala pun dah berserabut betul tak?

U : Usah melengah-lengahkan masa. Melengah-lengahkan masa ini musuh kejayaan. Kalau anda melengahkan masa, tunggu dulu, nak tunggu esok, esok jadi lusa, lusa jadi tulat, tulat jadi minggu depan, minggu depan jadi bulan depan. Last-last kita tak buat pun kerja tu. Orang dok kata masa itu emas, betulkan? Sebenarnyakan masa itu lebih berharga daripada emas. Emas ataupun duit kita boleh cari. Kalau kita hilang duit, hilang emas, kita boleh cari boleh dapatkan balik. Tetapi masa kita tu yang dah lepas, yang dah confirm lepas, kita tak boleh dapat balik dah. Contohnya 12 jam yang lepas, dari pagi tadi sampai sekarang, apa yang anda lakukan yang paling berbaloi, apa yang menggerakkan anda mencapai cita-cita anda. Kalau anda tidak menggunakan waktu 12 jam yang lepas sampai sekarang ni untuk mencapai matlamat anda, maknanya anda dah rugi. 12 jam tu takkan datang lagi, dah hai-hai bye-bye dah. Dah tiada masa untuk anda dapatkan balik. Usah buang masa, kalau nak buat, lakukan sekarang jangan nak tunggu-tunggu. Usah melengahkan masa.

S : Siap dengan pantas. Letak deadline atau tarikh tamat atau waktu tamat. Deadline untuk hasilkan sesuatu kerja tu. Sebab bila anda ada deadline, anda akan rasa lagi terdesak atau dijadikan sebagai satu picu untuk diri anda sendiri memotivasikan diri anda untuk capai matlamat tersebut pada deadline tu. Kalau anda ada kerja, buat deadline tu. Katalah kerja tu anda perlukan 3 hari untuk siapkan, why not anda letakkan deadline 2 hari. Maknanyakan anda paksa diri anda supaya boleh siapkan dalam masa 2 hari. Apa yang jadi, momentum anda lagi kuat, lagi pantas, anda akan lagi optimisekan diri anda sendiri, anda lagi efficient, anda lagi pendekkan lagi anda punya deadline. So, letak deadline, create that sense of urgency supaya anda boleh hasilkan.

Itu saja daripada saya Irfan Khairi daripada irfankhairi.com ataupun motivasipantas.com dan kalau anda rasa ini bermanfaat apakata join share sikit, share laju-laju. Assalamualaikum sehingga kita berjumpa lagi.