Loading...

Bagaimana memilih MENTOR yang TERBAIK

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari motivasipantas.com dan untuk hari ini sedikit motivasi pantas untuk anda adalah bagaimana nak mencari mentor yang terbaik. Now, bagaimana saya nak jawab soalan ni, saya nak arah kepada saya sendiri. Contohnya bagaimana saya sendiri mencari mentor.  Dalam keadaan sekarang ini di mana terlalu banyaknya informasi di luar sana, ada keadaan dimana mat saleh kata, the blind leading the blind. Maksudnya yang mengajar tu pun dah cara yang salah, apa yang jadi, yang belajar pun membuat benda yang salah juga. Itu yang kita tak nak. Kita tak nak keadaan the blind leading the blind. Kalau  saya sendirikan, saya pun ada mentor-mentor saya.

mentor-terbaikNombor satu, mentor tak semestinya ada fizikal seorang mentor di depan kita untuk membantu kita, membimbing kita. Tak semestinya. Contohnya kalau anda anggapkan buku itu sebagai mentor anda dan ditulis oleh seorang mentor, itupun kira mentor la juga, kita belajar dari buku. Sebab apa? Ilmu tu ada di mana-mana.

Ciri-ciri pertama kalau saya mencari seorang mentor, kena yang kita selesa dengan mentor tersebut. Contohnya cara mereka bercakap pun kita selesa, gayanya pun kita selesa, perbuatannya pun selesa. Kalau kita rasa tak selesa dengan seseorang mentor tu, most probably kita pun tiada respect dengan mentor tu. Kena tengok keselesaan kita dengan mentor tersebut, then kalau rasa selesa InsyaAllah menjadi, dan tiada masalah disitu.

Keduanya adalah, cari yang berilmu. Dalam berilmu ini tak semestinya dia ini berkelulusan tinggi di universiti ataupun hebat belajar dan sebagainya. Berilmu mungkin dari pengalaman mereka di dalam sesuatu bidang tersebut. Tak semestinya perniagaan. Tapi yang lebih penting lagi adalah not just berilmu tetapi mengamalkan ilmu tersebut. Ada juga apabila kita tersilap pilih mentor, mereka ada ilmu tapi tak mengamalkan ilmu tersebut, hanya mengajar ilmu tersebut. Kalau begitu, saya sendiri tak cari mentor macam tu. Saya lebih melihat yang mempunyai ilmu, mempunyai expertise, yang mengamalkan ilmu tersebut then ok.

Yang ketiganya, kalau saya pilih mentor, saya akan pilih kepakaran yang tertentu. Meaning, kalau orang main bola sepak, mereka ada mentor atau coach yang ajar bola sepak.  Mereka tidak pergi tanya coach yang ajar basketball. Saya akan cari apa yang saya nak belajar, dan saya akan cari mentor dalam bidang apa expertise tersebut. Contohnya, kalau kita nak belajar fotografi, carilah mentor yang berjaya dalam fotografi dan mempunyai pengalaman dalam bidang fotografi dan berjaya dalam apa yang dia lakukan. Berilmu dalam apa yang dilakukan. So itu maksud saya, kalau ada ilmu, pastikan mereka mengamalkan ilmu tersebut.

So mentor tu adalah amat penting untuk berjaya dan tadi itu adalah antara ciri-ciri saya sendiri dalam mencari seorang mentor untuk membantu kita. Kenapa perlu mentor, kenapa perlu coach dan sebagainya. Kalau anda tengok sehebat-hebat sports, ahli sukan yang paling hebat pun, tak kiralah you nak pilih siapa, David Beckham ke, Tiger Woods ke, siapa-siapa saja, mereka sendiri mempunyai coach. Mentor ini akan membantu untuk push kita ke tahap yang lebih tinggi lagi. Itu saja daripada saya, dan kalau anda nak saya jadi mentor anda pun no problem just anda boleh tengok saya punya Facebook dan sebagainya dan program yang saya jalankan. InsyaAllah berjumpa lagi kita di Motivasi Pantas. Saya Irfan Khairi, Assalamualaikum.