Loading...

3 Tip Untuk Sentiasa POSITIF!

Sertai saya, Irfan Khairi, di Program Intensif Perniagaan Internet dan Startegi Media Sosial. Program separuh masa 6 bulan+ membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Lawati www.OpenEducation.com.my. Tempat TERHAD dan EKSKLUSIF bermula 27hb Ogos ini! Klik di sini sekarang!

Assalamualaikum.

Saya Irfan Khairi dari motivasipantas.com dan Motivasi Pantas hari ini, saya nak kongsikan bagaimana nak sentiasa jadi Positif.

Nombor satunya, pada waktu malam. Sebelum kita tidur, make sure jangan ada perasaan marah, jangan ada perasaan negatif, jangan ada perasaan benci. Kalau boleh sebelum tidur tu kita tenang, sebab kita tak nak perasaan negatif tu masuk ke dalam kepala kita time-time kita tengah tidur. Memang kita tak sedar, sebab tulah dikatakan minda separa sedar kita itu lagi banyak fikir benda-benda negatif. So sebelum tidur is very important untuk anda tenangkan diri anda sendiri, ambil air sembahyang, ambil wudu’ and maafkan semua kesilapan orang lain ataupun buang semua kebencian dalam diri kita, rasa marah, rasa negatif. Kalau boleh kita tidur dalam keadaan yang tenang sebab kita tak nak negatif tu bermain masa kita tengah tidur. Minda separa sedar yang saya sebutkan tadi.

fikir positifKeduanya, dah bangun tidur, dah bangun pagi, rezeki dan keberkatan banyak di pagi-pagi. And pagi tu pun penting because kalau di pagi anda sudah mula negatif, nanti negatif itu akan compile, akan jadi lagi banyak sepanjang hari dan itu yang kita tak nak juga. So tip nombor dua adalah, pagi-pagi kita jangan baca benda-benda yang negatif ataupun jangan fikir benda-benda yang negatif di pagi-pagi tu. Ataupun pagi-pagi tu kadang-kadang kita tengok facebook, berita negatif dan sebagainya buat kita lagi marah. Tengah elok-elok pagi-pagi tengah dingin, tengah sejuk, tengah best nanti hati pula jadi marah, hati pula jadi panas, itu yang kita tak nak tu. So tip kedua adalah waktu pagi pun penting sangat-sangat. Jangan start hari anda dengan benda-benda yang negatif ok, it’s very important.

Ketiga dan last sekali adalah apa yang dikenali sebagai affirmation. Sepanjang hari, apa yang anda lakukan adalah yang dikenali sebagai affirmation. Mat saleh panggil affirmation maksud dia apa yang anda cakap pada diri anda sendiri, meaning ada 3 perkara. Nombor satunya dari segi dalam hati. Dalam hati anda perlu selalu positifkan diri anda sendiri, cakap benda-benda positif sahaja dalam diri anda. Tu affirmation. Affirmation maksudnyakan kita mengaku diri sendiri.

Kedua, affirmation dari segi kita bercakap secara lisan. Ertinyakan untuk positifkan diri, kadang kita perlu bercakap sorang-sorang. Ini bukannya nak cakap depan orang ramai, nanti orang kata kita ini gila pula kan. So tak kira la dalam bilik ke, tengah tak ada orang keliling kitakan, cuba cakap dengan diri kita sendiri, cakap benda-benda yang positif secara lisan keluar dari mulut kita sebab itu lagi effektif. Jadi cakap benda-benda yang positif. Kita kena Kata yang kita boleh lakukan ini, kita boleh siapkan ini, kita boleh capai cita-cita kita. Bunyinya agak macam kelakar je bunyinya. Tapikan research mengatakan kalau kita affirmation, cakap secara lisan, cakap dengan diri kita sendirikan, itu sedikit sebanyak akan membantu kita mempositifkan diri kita balik . So cakap dengan diri kita sendiri, jangan depan orang ramai nanti orang kata kita gila.

Ketiganya dalam affirmation ini adalah secara lisan dengan orang lain. Ertinyakan kita kena spread the energy dengan orang lain. So caranya adalah kita beri semangat dengan orang lain, kita cakap benda-benda yang baik kepada orang lain, kita banyak bersyukur. Mat saleh kata gratitude, say thank you, say terima kasih dengan orang lain. Be nice, be kind, be positive dengan orang lain, InsyaAllah positif itu akan datang pada diri kita sendiri juga. Dan juga jangan lupa, setiap pagi saya juga kongsikan kata-kata positif saya di facebook, anda pun share kata-kata positif saya dan apa jadi, anda pun akan memberi aura positif kepada orang lain dan ini pun akan dapat pada diri anda sendiri, anda pun akan sentiasa jadi positif lagi.

So  itu 3 perkara untuk bagaimana mempositifkan diri kita sepanjang hari. Nombor satu is waktu malam very important, jangan tidur dengan perasaan negatif. Waktu pagi jangan mulakan dengan benda-benda negatif. Dan setiap hari, sepanjang hari anda lakukan affirmation, 3 affirmation yang saya kongsikan tadi tu. So hopefully lepas ini kita jadi orang yang sentiasa positif sebab orang yang berjaya, mereka ini positif-positif belaka. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda.

Kalau rasa best cer share laju-laju di bawah. Assalamualaikum saya Irfan Khairi dari motivasipantas.com, kita jumpa lagi!