Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar antarabangsa, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Sehingga kini, beliau telah menulis 6 buah buku dalam bidang perniagaan, kewangan dan motivasi yang telah diterbitkan di pasaran.

Selepas mendalami ilmu pembangunan diri dan menyelidik beribu insan dan perniagaan yang berjaya, Irfan telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya.

Seorang jutawan ketika berumur 25 tahun melalui perniagaan Internet, Irfan Khairi percaya bahawa mindset adalah kunci dalam membina kekayaan dan telah membantu ramai menjadi bebas kewangan.

Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom.

Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999.

Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.

Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya, hanya RM500. Ketika itu, beliau hanya berusia 25 tahun!

Sejak 2010, Irfan Khairi telah bekerjasama dengan 2 buah universiti antarabangsa, iaitu Asia eUniversity dan juga Open University Malaysia, untuk menghasilkan modul untuk program-program perniagaan Internet, e-niaga dan juga Media Sosial.

Beliau juga merupakan penceramah dan konsultan media baru yang sering diundang oleh syarikat-syarikat ternama tempatan dan juga luar negara termasuk Maybank Singapore, Berita Harian, Universiti Islam Antarabangsa, Oxford Center of Leadership, Media Prima, Lim Kok Wing University, fmBrunei, Now Asia Singapore, serta badan-badan kerajaan dan banyak lagi.

Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom. Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan. Pada tahun 2014, modul persembahannya untuk topik Facebook dan juga E-Niaga telah dipilih sebagai salah satu finalis di Internet Week, New York.

Kini, Irfan Khairi mempunyai segmen mingguan TV sendiri di "Hello on Two", TV2 membincangkan topik Internet, perniagaan dan kewangan. Beliau juga mengendalikan program radionya sendiri di Bernama Radio24 bertajuk "SMS- Strategi Media Sosial" berkongsikan teknik dan strategi media baru, Internet.

Irfan Khairi adalah penulis kolum mingguan akhbar Harian Metro dengan kolumnya pada setiap Jumaat bertajuk "Wang Anda". Beliau telah aktif sebagai blogger perniagaan sejak 2006 lagi di blognya, www.IrfanKhairi.com dan kini mempunyai pengikut Facebook seramai lebih dari 435,000 orang. Channel YouTube Irfan Khairi kini ditonton lebih 500,000 kali sehingga kini.

Irfan Khairi suka mengembara serata dunia menyertai persidangan dan acara berkaitan dengan Internet, media sosial dan penjenamaan untuk menambahkan pengetahuan, pengalaman, serta membina jaringan perniagaan dikalangan pakar-pakar industri di luar negara.


PROGRAM | bersama Irfan Khairi


Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa keadaan ekonomi di Malaysia kini tidak menentu. Beberapa bulan sejak GST diimplementasikan, kini ternampak kesannya pada usahawan-usahawan kecil dan sederhana di mana kos semakin meningkat dan kuasa pembeli pula semakin menurun. Keadaan Ringgit yang kini jatuh ke paras terendah sejak krisis ekonomi 1998 juga tidak membantu perniagaan besar di mana pelabur hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia dan juga usahawan membawa perniagaan ke luar negara.

Secara rata-rata, tidak kira perniagaan kecil, sederhana dan besar akan terkesan juga dengan keadaan ekonomi kini...

Klik di sini untuk bacaan lanjut


"Pastikan anda tidak ketinggalan mengikutinya… sebelum ditinggalkan pesaing sekali lagi!"
~Irfan Khairi


HakCipta terpelihara © 2015 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam
laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik