Di Internet, siapa cepat dia dapat.

Siapa yang telah mulakan blog pada 2005, pastinya kini blog mereka telah menakluki muka surat hadapan search engine seperti Google. Siapa yang telah menggunakan Google Adwords sejak tahun 2008 pastinya perniagaan dapat meraih keuntungan yang besar ketika kos Adwords adalah rendah. Siapa yang telah mula menggunakan Facebook ads sejak 2010, pastinya telah mendapat pelanggan yang ramai ketika tiada pesaing dan harga iklan tidak semahal kini.

Kini, 2015 muncul tiba. Apakah trend pemasaran Internet seterusnya? Jangan hanya tunggu dan lihat, tetapi ambil tindakan sekarang sebelum pesaing anda melakukannya terlebih dahulu.

Pada bulan Januari 2015, pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi telah menjalankan seminar tertutup untuk lingkungan 50 peserta terpilih.

Di seminar 3 jam ini, Irfan Khairi telah kongsikan trend terbaru di Internet, strategi dan teknik yang dirinya sendiri, dan juga klien tempatan serta luar negara gunakan untuk sentiasa berada di hadapan pesaing-pesaing.

Program seminar "Trend Pemasaran Internet 2015" hanya dijalankan sekali sahaja.

Namun, atas permintaan ramai, seminar Trend Perniagaan Internet 2015 telah dirakam dalam bentuk video untuk ditonton oleh anda yang berminat untuk mengkuti tip dan strategi terbaru 2015!

 

"Pastikan anda tidak ketinggalan mengikutinya…
sebelum ditinggalkan pesaing sekali lagi!"
~Irfan Khairi



Manfaat untuk anda!

• Ketahui teknik pengiklanan di Internet paling efektif untuk tahun 2015

• Anda mungkin kehilangan 50% daripada prospek anda sekiranya anda tidak melakukan perubahan ini pada 2015.

• Dulu, agak kurang pesaing. Kini 2015, semakin ramai pesaing. Apakah strategi yang perlu dilakukan untuk bersaing? Jangan risau, anda masih belum terlewat untuk mengetahuinya.

• Kos sara hidup semakin tinggi. Kos berniaga juga bertambah. Ketahui perisian yang boleh mengurangkan kos perniagaan anda.

• Di 2015, masa umpama semakin terhad. Anda perlu ketahui perisian-perisian yang dapat memberi automasi kepada perniagaan Internet anda demi menjimatkan masa anda.

• Perubahan Facebook mengurangkan ‘reach’ dan promo anda tidak sampai kepada pelanggan. Apa anda perlu buat untuk meningkatkan ‘reach’ anda? Akan saya kongsikan!

• Kos iklan Google Adwords & Facebook Ads semakin tinggi - apa perlu anda lakukan?

• Perniagaan besar mempunyai modal yang banyak, perniagaan kecil mempunyai kos yang rendah. Perniagaan sederhana besar mengalami kesukaran untuk survive – adakah anda di kalangan ini dan bagaimana hendak menanganinya melalui Internet?

• Lebih 70% trafik di Internet adalah melalui strategi ini menjelang 2017. Apakah strategi ini dan bagaimana anda boleh mulakannya sekarang juga sebelum pesaing anda?


Harga pelancaran video seminar ini adalah RM250 (Harga menghadiri seminar ini adalah RM300 seorang).

  • Video keseluruhan sesi seminar tertutup Trend Perniagaan Internet 2015
  • Kesemua slide persembahan powerpoint dan links yang ditunjukkan di dalam seminar
  • Nota-nota Irfan Khairi mengendalikan Trend Pemasaran Internet 2015 (tidak pernah diberikan)

Untuk menempah, klik pada butang dibawah.

"Pastikan anda tidak ketinggalan mengikutinya…
sebelum ditinggalkan pesaing sekali lagi!"
~Irfan Khairi

Apakah yang membuatkan IK ingin menjalankan seminar Trend Perniagaan Internet 2015 ini?

Untuk berjaya, usahawan dan bakal usahawan perlu peka dan tahu trend pemasaran Internet terkini. Bagaimana saya berjaya dalam perniagaan Internet sehingga Alhamdulillah mendapat RM1,000,000 daripada Internet? Ketika itu Google tidak wujud. Facebook belum dicipta. Ketika itu saya berada di United Kingdom. Saya menggunakan SEO (Search Engine Optimization) pada enjin pencari Yahoo. Altavista, GoTo, Infoseek dan lain-lain. Sekiranya saya menggunakan teknik yang sama hari ini, pastinya sudah tidak efektif. Mungkin kita hari ini sudah tidak dengar lagi enjin pencari Altavista, GoTo, Infoseek dan lain-lain.

Apabila saya pulang ke Malaysia, sekitar tahun 2005, saya mula menulis blog IrfanKhairi.com oleh kerana ketika itu blog adalah trend terkini. Orang ramai mula mengenali saya melalui blog. Sekitar tahun 2007, Google Adwords adalah amat efektif dan perniagaan saya meraih keuntungan oleh kerana saya melihat trend tersebut sebelum orang lain. Sama juga seperti Facebook dan FB ads yang menjadi trend sekitar 2011. Apabila kita berjaya melihat dan mengagak trend terbaru, kita perlu cepat-cepat menggunakan teknik dan strategi tersebut. Kalau lewat, mungkin tunggu setahun dua, teknik telah menjadi tidak efektif lagi.

Sama seperti Facebook. Sekiranya kita mula menggunakan FB 2-3 tahun lalu, mungkin mudah mendapat followers dan pengiklanan Facebook juga adalah murah. Kini, dengan pesaing yang ramai, banyak perniagaan mengalami kesukaran memulakan perniagaan di Facebook. Mengapa ini terjadi? Sebab usahawan tersebut lewat melihat trend terkini…

Oleh itu, saya mengendalikan seminar Trend Pemasaran Internet 2015 khusus kepada usahawan baru, usahawan lama dan juga mereka yang berminat dalam perniagaan Internet supaya peka dan tahu apakah trend terkini dalam perniagaan Internet dan akan menjadi ikutan untuk tahun ini, 2 atau tiga tahun akan datang. Usahawan yang bersedia dalam menggunakan teknik dan strategi trend pemasaran Internet terkini, pasti akan mendapat kelebihan berbanding dengan pesaing. Jangan hanya tunggu dan lihat oleh kerana kita akan terlewat lagi. Kita perlu tahu kemana arahnya trend terkini, dan cepat-cepat mengimplimentasikannya untuk keuntungan perniagaan kita.


Mengapakah ianya penting untuk mengetahui trend pemasaran kini dan yang akan datang?

Pentingnya adalah pada daya saingan usahawan. Sememangnya, lambat laun, setahun atau dua lagi orang ramai akan menggunakan teknik dan strategi trend pemasaran terkini. Namun, mereka yang mengetahui dan mengimplementasikan teknik dan strategi trend perniagaan sekarang dengan pantas akan sentiasa berada di hadapan pesaing di masa akan datang.

Sekiranya usahawan hanya tunggu dan lihat sehingga pasaran telah tepu menggunakan trend yang sama, maka mereka sudah terlewat. Pesaingan semain ramai dan menyukarkan diri sendiri untuk bersaing. Tetapi, sekiranya usahawan tahu lebih awal dan mengimplementasikan teknik dan strategi dengan lebih pantas sekarang, maka mereka akan sentiasa berada di hadapan pesaing mereka.

Sebaiknya, biar pesaing yang tunggu dan lihat. Bukan kita oleh kerana pasaran adalah semakin kompetetif dalam semua bidang. Apa yang membezakan adalah cara pemasaran.


Adakah trend 2015, teknik, strategi yang disampaikan oleh IK pasti dan dijamin akan menjadi?

Pertama sekali, saya bukanlah ahli tilik di mana dapat menilik apakah akan terjadi di masa hadapan ;)

Tetapi apa yang saya akan sampaikan adalah hasil daripada kajian saya sendiri dan juga menyertai konvensyen-konvensyen keusahawanan Internet dan pemasaran serata dunia pada tahun 2014 sahaja, termasuk di London (2 kali), New York, Los Angeles, Sydney (2 kali), dan juga Dubai (terkini). Saya sendiri berjumpa dan berbual dengan beratus pakar industri pemasaran luar negara untuk menyelidik apakah trend pemasaran yang akan ditumpukan oleh syarikat-syarikat besar serata dunia dalam memaksimakan keuntungan perniagaan untuk tahun akan datang.

Pada 20hb Januari ini (beberapa hari sahaja lagi) pula saya akan ke Paris, France menyertai persidangan trend pemasaran 2015, dan akan pulang ke Malaysia beberapa hari sahaja sebelum mengendalikan "Trend Pemasaran Internet 2015" di pusat latihan saya, Ruang@Mutiara Damansara.

Apa yang pasti, apa yang disampaikan adalah teknik dan strategi yang saya sendiri telah mula gunakan dan akan terus gunakan sepanjang 2015. Jadi sekiranya anda ingin mengetahui teknik dan strategi terkini pemasaran Internet yang akan saya beri fokus pada, dijemput untuk turut hadiri seminar Trend Perniagaan Internet pada 2015 ini.



Bilakah seminar seterusnya akan dikendalikan?

Bergantung kepada masa saya. Oleh kerana waktu saya amat terhad dalam mengendalikan seminar sebegini, mungkin ini adalah kali pertama dan juga terakhir. Secara jujurnya, saya sendiri tidak merancang tarikh-tarikh akan datang untuk mengendalikan seminar sebegini. Kebanyakan seminar akan diumumkan 2-3 minggu sebelum ianya dijalankan sahaja. Alhamdulillah, seminar yang dijalankan sentiasa penuh dengan penyertaan oleh kerana tempat juga adalah terhad di ruang pusat latihan kami di Mutiara Damansara.

Namun, kini video rakaman Trend Pemasaran Internet 2015 boleh didapatkan supaya anda juga tidak terlepas dengan maklumat-maklumat yang amat berharga disampaikan di seminar 3 jam ini.


Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar antarabangsa, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Sehingga kini, beliau telah menulis 7 buah buku dalam bidang perniagaan Internet, perniagaan, kewangan dan motivasi yang telah diterbitkan di pasaran.

Selepas mendalami ilmu pembangunan diri dan menyelidik beribu insan dan perniagaan yang berjaya, Irfan telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya. Seorang jutawan ketika berumur 25 tahun melalui perniagaan Internet, Irfan Khairi percaya bahawa mindset adalah kunci dalam membina kekayaan dan telah membantu ramai menjadi bebas kewangan.

Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Tiga tahun kemudian, beliau berjaya meraih keuntungan bersih RM1,000,000...




HakCipta terpelihara © 2015 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam
laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik