Adakah anda usahawan yang terkesan dengan GST & keadaan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia kini?
Ketahui teknik dan strategi bagaimana mengubahkan kesukaran ini menjadi kesenangan menggunakan kaedah promosi PERCUMA, EFEKTIF dan PANTAS dijamin 100%!


Terasa lemas dalam perniagaan? Luangkan 5 minit untuk membaca laman ini...

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa keadaan ekonomi di Malaysia kini tidak menentu. Beberapa bulan sejak GST diimplementasikan, kini ternampak kesannya pada usahawan-usahawan kecil dan sederhana di mana kos semakin meningkat dan kuasa pembeli pula semakin menurun. Keadaan Ringgit yang kini jatuh ke paras terendah sejak krisis ekonomi 1998 juga tidak membantu perniagaan besar di mana pelabur hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia dan juga usahawan membawa perniagaan ke luar negara.

Secara rata-rata, tidak kira perniagaan kecil, sederhana dan besar akan terkesan juga dengan keadaan ekonomi kini.

Malam tadi, saya telah meletakkan status berkenaan penutupan 2 restoran di hadapan rumah saya akibat GST dan posting tersebut telah menjadi viral dengan beratus komen daripada usahawan mengeluh tentang keadaan yang sama terjadi kepada mereka.


Status di facebook yang menjadi viral akibat
kerisauan dan masalah yang dilanda usahawan

Akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu, berikut adalah masalah yang dihadapi oleh usahawan:

• Kos bahan mentah menjadi semakin mahal

• Barangan dari pembekal juga naik harga

• Tak lupa barangan yang diimport

• Usahawan terpaksa meletakkan harga lebih tinggi

• Kos hidup menjadi semakin tinggi

• Pelanggan berkurangan kerana kuasa pembeli menjadi rendah

• Keuntungan perniagaan berkurangan

• Kos iklan yang semakin tinggi

• Kurangnya bajet untuk promosi oleh kerana keuntungan berkurangan

• Perniagaan di fasa “surviving”. Ada juga yang terpaksa tutup kedai…

Namun, tidak adil pula kalau saya hanya menyenaraikan keburukan sahaja. Kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu ada juga memberi kebaikan kepada usahawan seperti:

• Sememangnya ada perniagaan di fasa “surviving” dan tutup, ini memberi peluang kepada usahawan lain oleh kerana persaingan berkurangan

• “Survival of the fittest”- konsep yang mengatakan bahawa mereka yang tahu teknik dan strategi perniagaan dan pemasaran yang efektif akan terus berjaya. Siapa hebat, dia akan dapat.

• Kuasa pembeli yang berkurangan akan membuatkan pembeli lebih memilih dalam membeli dan membuat pilihan dengan lebih berhati-hati dan tepat untuk mendapatkan yang terbaik.

• Keadaan ekonomi yang tidak menentu boleh menjadi satu cabaran dan dugaan untuk memperbaiki diri kita sendiri sebagai usahawan untuk menjadi lebih baik.

• Sepertimana yang kita ketahui, dalam apa sahaja masalah, pastinya ada penyelesaian sekiranya kita mahu mencarinya!



Mainkan video di bawah untuk mendengar pesanan saya dari Hollywood, Los Angeles.

Jadikan perniagaan anda POPULAR di kala keadaan ekonomi tidak menentu!

Assalamualaikum,

Saya Irfan Khairi. Saya telah mula menjalankan perniagaan sejak awal tahun 2000 lagi. Ketika itu krisis ekonomi sedunia yang turut memberi impak krisis kewangan Malaysia juga. Alhamdulillah, 3 tahun kemudian, perniagaan saya berjaya meraih keuntungan RM1,000,000.

Teknik dan strategi pemasaran yang saya suka gunakan adalah:

• Percuma- tidak menggunakan sebarang kos.
• Efektif – kebanyakan cara percuma adalah TIDAK efektif
• Pantas – memberi kesan serta merta

Teknik dan strategi pemasaran ini juga telah saya gunakan sehingga hari ini untuk perniagaan saya di Irfan Khairi Sdn Bhd. Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya, pastinya sejak 2-3 tahun yang lepas:

• Tidak pernah melihat iklan saya di akhbar- tetapi sering dipanggil akhbar untuk memberi pandangan
• Tidak pernah melihat iklan saya di TV- tetapi selalu dijemput TV sebagai tetamu
• Tidak pernah mendengar iklan saya di radio- tetapi mempunyai slot mingguan di radio
• Aktif menggunakan Internet dalam mempopularkan perniagaan
• Aktif menggunakan media sosial dalam membina jenama
• Aktif dalam menggunakan strategi pemasaran percuma

Walaupun telah lama saya tidak melaburkan wang yang besar pada pengiklanan seperti akhbar, TV, radio, dan di Internet, namun masih mendapat publisiti secara percuma dari pihak media dan usaha pemasaran online berjaya meningkatkan jenama dan populariti perniagaan.

Mungkin anda berkata "Irfan Khairi boleh la buat bisnes tanpa letak iklan. Dia sudah dikenali". Memang releven perkara ini. Namun, cuba anda lihat usahawan-usahawan yang popular lain. Ataupun jenama-jenama popular yang lain. Walaupun popular, mengapa mereka masih lagi meletakkan iklan berbayar di TV, akhbar, radio, dan juga di Internet? Bukankah ianya sudah tidak perlu?

Teknik dan strategi ini telah diajar kepada sekumpulan kecil pelajar-pelajar saya melalui program tertutup jangka panjang “Masterclass” usahasama saya bersama Federation University, Australia dan berikut adalah antara kisah kejayaan yang diperolehi melalui teknik dan strategi percuma ini:


Dr Hasseenah
Peserta Masterclass


Nurul Ashikin, MyIdealWeight
Peserta Masterclass


Yusnisah Mohd Yusar, Yummylicious
Peserta Masterclass


Amiruddin Ahmad, Harimau Menangis
Peserta Masterclass


Kay Bee, Perunding Kewangan
Peserta Masterclass

Oleh kerana program Masterclass bersama Federation University, Australia ini adalah jangka panjang, untuk memudahkan usahawan dan bakal usahawan mengikuti program ini, saya telah mengambil 5 topik terbaik dari modul program ini untuk dimuatkan dalam seminar 1 hari yang padat dengan teknik dan strategi untuk membantu perniagaan anda terutamanya dalam keadaan ekonomi tidak menentu hari ini.

Antara topik yang akan didedahkan adalah:

1. Cara mendapat publisiti melalui media cetak 100% SECARA PERCUMA
Tidak perlu membayar beribu atau berpuluh ribu ringgit untuk dipaparkan di media seperti majalah dan akhbar. Dengan mempunyai “kisah” yang newsworthy, anda boleh diberi peluang mendapat paparan di media-media tempatan dan juga antarabangsa. Kaedah ini sering digunakan syarikat-syarikat gergasi dan boleh juga digunakan oleh perniagaan kecil-kecilan.

Publisiti percuma bukan sahaja akan menambahkan lagi populariti sesuatu perniagaan, tetapi juga dapat meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti orang ramai terhadap perniagaan anda. Jenama perniagaan anda juga akan meningkat di mata pelanggan-pelanggan anda untuk jadikan perniagaan anda pilihan utama dikalangan pesaing.

Melalui seminar ini, anda akan tahu cara bagaimana mendapat publisiti percuma melalui media-media dalam membantu perniagaan anda mencapai tahap yang lebih tinggi. Langkah demi langkah akan diberikan apa yang anda perlu lakukan dari menyediakan press release, hingga mendapatkan tempat untuk paparan media.
Dengan mengetahui teknik ini, anda akan dapat menjimatkan berpuluh atau beratus ribu ringgit dalam mempromosikan perniagaan anda.

2. Cara mendapat jemputan dan paparan khas TV 100% SECARA PERCUMA
Boleh dikatakan kesemua saluran TV tempatan telah memanggil saya sebagai tetamu jemputan atau paparan khas di kaca TV, dan kesemuanya diperolehi secara percuma. Begitu juga dengan saluran antarabangsa Al Jazeera dan sebuah lagi saluran di Abu Dhabi. Di mana sememangnya terdapat ruang TV beriklan seperti pengikalanan atau sponsored, sejak 2005 lagi saya tidak menggunakan pengiklanan berbayar melalui TV, walaupun sekali.

Apa yang perlu dilakukan adalah meletakkan diri anda sebagai pakar dalam bidang perniagaan anda- dan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan langkah yang betul. Media seperti TV memerlukan kandungan (content) untuk dipaparkan setiap hari dan anda, sebagai usahawan boleh menjadi pemberi kandungan untuk media ini.

Dua perkara yang perlu anda tahu menggunakan teknik ini adalah authority & expertise dan kedua teknik ini akan disampaikan di seminar ini supaya perniagaan anda akan menjadi popular secara percuma.

3. Cara menggunakan Facebook untuk mendapatkan pelanggan 100% SECARA PERCUMA
Bagi anda yang pernah menggunakan Facebook sejak beberapa tahun lalu hingga kini untuk mempromosikan perniagaan anda, pasti tahu bahawa reach kini menjadi semakin kurang. Apa yang dimaksudkan dengan reach adalah, walaupun sekiranya anda mempunyai 1,000 followers di Facebook, bukan bererti 1,000 akan melihat status posting perniagaan anda. Mungkin hanya 30-100 sahaja yang dapat lihat (melainkan meletak iklan berbayar /Facebook ads).

Dalam seminar ini, anda akan pelajari kaedah bagaimana anda boleh meningkatkan reach anda supaya mencapai lebih ramai lagi followers anda, dan lebih daripada itu, sehingga posting anda boleh menjadi viral. Dengan hanya mengetahui teknik dan strategi viral, status posting anda akan mendapat reach yang lebih tinggi untuk pemasaran perniagaan anda.

Apa yang lebih penting adalah, bukan sahaja anda akan ditunjukkan cara mencapai reach yang tinggi, tetapi jug acara mengubah reach tersebut kepada pelanggan yang berbayar. Tidak ada gunanya ramai yang melihat status anda sekiranya tidak membeli bukan? Sebagai usahawan, jualan produk dan perkhidmatan anda adalah diutamakan.

4. Cara mendapatkan tempat di halaman #1 enjin pencari 100% SECARA PERCUMA
Rata-rata kita menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Kita juga menggunakan Internet untuk melakukan perbandingan harga dan produk sebelum melakukan belian. Pengguna kini adalah lebih bijak dan sepertimana yang kita tahu, pembeli lebih berhati-hati dalam membuat belian.

Enjin pencari seperti Google merupakan platform utama pengguna Internet dalam mencari maklumat lanjut tentang sesuatu produk dan perkhidmatan. Dengan mengetahui teknik membawa perniagaan anda ke hadapan enjin pencari Google, anda akan dapat mendedahkan perniagaan anda kepada beribu-ribu prospek untuk perniagaan anda secara percuma.

Teknik enjin pencari ini dikenali sebagai SEO (Search Engine Optimization) dan ianya berubah setiap tahun. Di seminar ini anda akan ketahui teknik dan strategi yang terkini bagaimana anda juga boleh menggunakan SEO untuk membawa perniagaan anda ke hadapan enjin pencari untuk meningkatkan lagi keuntungan perniagaan anda.

5. Kaedah promosi Facebook Video & YouTube Video 100% SECARA PERCUMA
Pada awal 2015, saya telah dijemput ke Paris, France untuk menghadiri International Marketing Trends Conference 2015. Dalam persidangan itu, pelbagai teknik dan strategi terkini didedahkan dan dibincangkan. Apa yang menariknya adalah, sepanjang persidangan tersebut, lebih 80% kandungannya menekankan pemasaran video online sebagai trend terkini untuk perniagaan.

Sememangnya pemasaran video masih lagi kurang digunakan oleh usahawan Malaysia. Namun, oleh sebab itu, usahawan yang inginkan kejayaan dalam pemasaran perlu melakukan apa yang pesaing tidak lakukan lagi dalam mencipta kelainan.

Kepentingan pemasaran video juga boleh dilihat dimana kini enjin pencari ke-2 yang paling ramai pengguna dan penting adalah YouTube selepas Google, dan paparan video di Facebook pula adalah lebih daripada paparan video YouTube- membuatkan strategi pemasaran ini tidak boleh diabaikan. Dan lebih hebat lagi, ia boleh dilakukan secara percuma!



Populariti Irfan Khairi membawanya sehingga ke luar negara mewakili Malaysia di persidangan
Al Jazeera 2015- di pilih antara 16 wakil belia dunia sebagai Al Jazeera Media Catalyst!


Populariti Irfan Khairi juga telah memberikannya membintangi penampilan khas dalam
filem KAPSUL yang turut dibintangi Tun Dr Mahathir sebagai penampilan khas!

Apa yang menariknya, dan berbeza dengan seminar-seminar yang lain adalah, kesemua teknik dan strategi pemasaran yang akan didedahkan adalah teknik pemasaran 100% PERCUMA . Matlamat seminar ini adalah, selepas usahawan mengetahui teknik dan strategi yang disampaikan, mereka boleh terus mengimplimentasikan kesemuanya tanpa perlu mengeluarkan wang walaupun sedikit untuk mempopularkan perniagaan walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

Siapakah golongan terbaik untuk menyertai seminar ini?
Kumpulan sasaran terbaik untuk mengikuti program ini adalah usahawan-usahawan sedia ada yang terkesan dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil dan ingin meningkatkan prestasi perniagaan mereka dengan menggunakan kaedah pemasaran 100% percuma yang efektif.

Kebanyakan teknik dan strategi yang disampaikan dalam seminar satu hari ini adalah kaedah baru yang belum didedahkan dalam seminar atau kelas saya sebelum ini. Bagi mereka yang pernah menghadiri program saya sebelum ini, hanya 30% isi kandungan adalah kandungan ulangan yang masih lagi releven kini, manakala 70% lagi adalah kandungan baru untuk memenuhi keperluan dan permintaan keadaan ekonomi Malaysia terkini.

Seminar Perniagaan Popular
Oleh: Irfan Khairi
Tarikh: Rabu, 29hb Mac 2017
Waktu: 8.45 malam hingga 10.45 malam
Lokasi: Ruang@IKSB, Mutiara Damansara
Yuran: RM900

Pemberian PERCUMA bernilai RM1,890
Yuran seminar 1 hari ini adalah RM700 dengan jaminan wang dikembalikan. Namun, untuk memudahkan lagi anda membuat keputusan yang tepat, sekiranya anda menyertai program ini, anda akan diberi pemberian percuma bernilai RM2,090- iaitu koleksi video dan rakaman program saya sebelum ini termasuk juga rakaman seminar ini:

(1). Jutawan Internet 2.0 - 18 AUDIO & VIDEO
Pakej lengkap belajar dari rumah 18 Audio/Video dan blue-print 149 Rahsia Perniagaan Internet didedahkan! Pelajari 149 Teknik dan Strategi Menjalankan dan Memaksimakan Keuntungan Perniagaan ANDA melalui Internet
Harga: RM890
(2). Trend Pemasaran Internet 2015 - VIDEO
Program seminar "Trend Pemasaran Internet 2015" hanya dijalankan sekali sahaja. Di seminar 3 jam ini, Irfan Khairi telah kongsikan trend terbaru di Internet, strategi dan teknik yang dirinya sendiri, dan juga klien tempatan serta luar negara gunakan untuk sentiasa berada di hadapan pesaing-pesaing bermula 2015.
Harga seminar: RM300
(3). Rakaman Seminar Perniagaan Popular
Untuk bahan ulangkaji anda selepas seminar! Rakaman akan diberikan kepada anda secara percuma supaya anda boleh ulang dengar dan fahami kembali dan aplikasikan konsep-konsep yang diterapkan dalam seminar ini.
Harga seminar: RM900


Pemberian percuma yang bernilai RM1,890 adalah milik anda sekiranya anda daftar pada HARI INI sahaja! Pemberian bonus ini akan dihentikan pada bila-bila masa sahaja sehingga kuota awal kami tercapai tidak lama lagi.

Buat masa ini, anda masih layak menerimanya sekiranya anda menempah tempat anda sekarang!

Jaminan 100% wang dikembalikan!
Oleh kerana saya amat yakin seminar ini akan membantu dalam menjadikan perniagaan anda popular, pihak IKSB memberi jaminan 100% wang dikembalikan sekiranya anda rasakan maklumat yang disampaikan tidak dapat membantu perniagaan anda. Kami sedia memulangkan keseluruhan yuran seminar sekiranya dalam masa 2 jam pertama (9am-11am), anda rasakan seminar ini bukan untuk anda, dan anda ingin pulang ke rumah tanpa sebarang soalan. Anda hanya perlu berjumpa dengan krew kami ketika waktu rehat pagi, dan krew kami akan menguruskan pulangan yuran anda 100% serta merta.

Sebagai tambahan, pemberian percuma bernilai RM1,190 (1) & (2) di atas kami tetap akan berikan kepada anda sebagai tanda terima kasih atas masa yang anda telah luangkan pada pagi tersebut.

Namun, kami amat yakin bahawa dalam masa 2 jam pertama sahaja, anda akan mendapat terlalu banyak maklumat yang dapat membantu perniagaan anda yang akan membuatkan anda ingin mengikuti keseluruhan seminar ini! Sertai kami hari ini.


"Pastikan anda tidak ketinggalan mengikutinya…
sebelum ditinggalkan pesaing sekali lagi!"
~Irfan Khairi

Apakah yang membuatkan IK ingin menjalankan seminar Perniagaan Popular ini?

Sejak kebelakangan ini ketika ekonomi Malaysia tidak menentu, banyak usahawan yang terkesan dengan kenaikan kos, dan juga kuasa pembeli yang semakin kurang. Akibatnya, perniagaan mengalami kesukaran terutamanya dalam aktiviti pemasaran yang memakan belanja yang tinggi.

Melalui Seminar Perniagaan Popular, saya akan kongsikan kaedah-kaedah promosi yang percuma dan efektif, seperti publisiti melalui media tempatan (dan antarabangsa), menggunakan blog, dan juga media sosial. Kaedah yang dikongsikan sepanjang hari adalah kaedah-kaedah pemasaran dan promosi dan tidak memakan kos walaupun satu sen kepada usahwan.

Apakah jaminan perniagaan peserta akan menjadi popular selepas menghadiri seminar ini?

Seminar ini adalah majlis ilmu yang akan kongsikan strategi pemasaran percuma yang boleh mempopularkan perniagaan. Namun, sekiranya usahawan tidak mengamalkannya, atau selepas seminar tidak melakukan apa yang disampaikan, maka pastinya perniagaan akan ditahap yang lama juga.

Seperti contoh-contoh peserta di atas, yang mengambil tindakan mengaplikasi ilmu yang disampaikan, mereka berjaya mempopularkan perniagaan mereka. Pastinya tanpa usaha, tiada pulangannya.

Namun, jaminan yang boleh kami beri adalah pulangan wang 100% sekiranya dalam masa 2 jam pertama seminar bermula, peserta merasakan informasi yang disampaikan tidak dapat digunakan, atau tidak dapat diaplikasikan pada perniagaan, ataupun peserta merasakan diri agak malas melakukan apa yang disampaikan, pihak kami akan beri semula 100% yuran penyertaan sekiranya ingin pulang ke rumah.

Dimanakah seminar Perniagaan Popular akan dikendalikan?

Seminar Perniagaan Popular akan dikendalikan di Ruang@iksb, iaitu pusat latihan kami di Mutiara Damansara (berhampiran dengan Ikea & Curve). Alamat penuh adalah, Jalan PJU 7/16, Mutiara Homes, 47800 Petaling Jaya. Tempat di pusat latihan kami adalah terhad kepada 50 peserta sahaja, oleh itu, pastikan sekiranya anda berminat, daftar dengan segera.

Adakah IK mengendalikan personal coaching untuk usahawan-usahawan?

Ya, saya juga mengendalikan personal coaching khusus untuk usahawan-usahawan yang memerlukan nasihat saya bersemuka one-on-one untuk jangkamasa tertentu. Melalui Seminar Perniagaan Popular ini, peserta akan mendapat sedikit 'surprise' di mana peserta boleh mendapat personal coaching bersama saya serendah RM100 sempena pelancaran IKbizcoaching. Cuma untuk peserta seminar ini sahaja oleh kerana waktu lain sesi personal coaching bersama saya adalah mencecah ribuan ringgit.

 


Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar antarabangsa, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Sehingga kini, beliau telah menulis 7 buah buku dalam bidang perniagaan Internet, perniagaan, kewangan dan motivasi yang telah diterbitkan di pasaran.

Selepas mendalami ilmu pembangunan diri dan menyelidik beribu insan dan perniagaan yang berjaya, Irfan telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya. Seorang jutawan ketika berumur 25 tahun melalui perniagaan Internet, Irfan Khairi percaya bahawa mindset adalah kunci dalam membina kekayaan dan telah membantu ramai menjadi bebas kewangan.

Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Tiga tahun kemudian, beliau berjaya meraih keuntungan bersih RM1,000,000...




HakCipta terpelihara © 2015 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam
laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik