| Jadikan 
                            perniagaan anda POPULAR di kala keadaan ekonomi tidak 
                            menentu! Assalamualaikum, Saya Irfan 
                            Khairi. Saya telah mula menjalankan perniagaan sejak 
                            awal tahun 2000 lagi. Ketika itu krisis ekonomi sedunia 
                            yang turut memberi impak krisis kewangan Malaysia 
                            juga. Alhamdulillah, 3 tahun kemudian, perniagaan 
                            saya berjaya meraih keuntungan RM1,000,000. Teknik 
                            dan strategi pemasaran yang saya suka gunakan adalah: • 
                            Percuma- tidak menggunakan sebarang kos.• Efektif – kebanyakan cara percuma adalah 
                            TIDAK efektif
 • Pantas – memberi kesan serta merta
 Teknik 
                            dan strategi pemasaran ini juga telah saya gunakan 
                            sehingga hari ini untuk perniagaan saya di Irfan Khairi 
                            Sdn Bhd. Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya, 
                            pastinya sejak 2-3 tahun yang lepas: • 
                            Tidak pernah melihat iklan saya di akhbar- tetapi 
                            sering dipanggil akhbar untuk memberi pandangan• Tidak pernah melihat iklan saya di TV- tetapi 
                            selalu dijemput TV sebagai tetamu
 • Tidak pernah mendengar iklan saya di radio- 
                            tetapi mempunyai slot mingguan di radio
 • Aktif menggunakan Internet dalam mempopularkan 
                            perniagaan
 • Aktif menggunakan media sosial dalam membina 
                            jenama
 • Aktif dalam menggunakan strategi pemasaran 
                            percuma
 Walaupun 
                            telah lama saya tidak melaburkan wang yang besar pada 
                            pengiklanan seperti akhbar, TV, radio, dan di Internet, 
                            namun masih mendapat publisiti secara percuma dari 
                            pihak media dan usaha pemasaran online berjaya meningkatkan 
                            jenama dan populariti perniagaan. Mungkin 
                            anda berkata "Irfan Khairi boleh la buat 
                            bisnes tanpa letak iklan. Dia sudah dikenali". 
                            Memang releven perkara ini. Namun, cuba anda lihat 
                            usahawan-usahawan yang popular lain. Ataupun jenama-jenama 
                            popular yang lain. Walaupun popular, mengapa mereka 
                            masih lagi meletakkan iklan berbayar di TV, akhbar, 
                            radio, dan juga di Internet? Bukankah ianya sudah 
                            tidak perlu? Teknik 
                            dan strategi ini telah diajar kepada sekumpulan kecil 
                            pelajar-pelajar saya melalui program tertutup jangka 
                            panjang “Masterclass” usahasama saya bersama 
                            Federation University, Australia dan berikut adalah 
                            antara kisah kejayaan yang diperolehi melalui teknik 
                            dan strategi percuma ini:  Dr Hasseenah
 Peserta Masterclass
  Nurul Ashikin, MyIdealWeight
 Peserta Masterclass
  Yusnisah Mohd Yusar, Yummylicious
 Peserta Masterclass
  Amiruddin Ahmad, Harimau Menangis
 Peserta Masterclass
  Kay Bee, 
                            Perunding Kewangan
 Peserta Masterclass
 Oleh 
                            kerana program Masterclass bersama Federation University, 
                            Australia ini adalah jangka panjang, untuk memudahkan 
                            usahawan dan bakal usahawan mengikuti program ini, 
                            saya telah mengambil 5 topik terbaik dari modul program 
                            ini untuk dimuatkan dalam seminar 1 hari yang padat 
                            dengan teknik dan strategi untuk membantu perniagaan 
                            anda terutamanya dalam keadaan ekonomi tidak menentu 
                            hari ini. 
                             
                              | Antara 
                                  topik yang akan didedahkan adalah: 1. 
                                  Cara mendapat publisiti melalui media cetak 
                                  100% SECARA PERCUMATidak perlu membayar beribu atau berpuluh ribu 
                                  ringgit untuk dipaparkan di media seperti majalah 
                                  dan akhbar. Dengan mempunyai “kisah” 
                                  yang newsworthy, anda boleh diberi peluang mendapat 
                                  paparan di media-media tempatan dan juga antarabangsa. 
                                  Kaedah ini sering digunakan syarikat-syarikat 
                                  gergasi dan boleh juga digunakan oleh perniagaan 
                                  kecil-kecilan.
 Publisiti 
                                  percuma bukan sahaja akan menambahkan lagi populariti 
                                  sesuatu perniagaan, tetapi juga dapat meningkatkan 
                                  kepercayaan dan kredibiliti orang ramai terhadap 
                                  perniagaan anda. Jenama perniagaan anda juga 
                                  akan meningkat di mata pelanggan-pelanggan anda 
                                  untuk jadikan perniagaan anda pilihan utama 
                                  dikalangan pesaing. Melalui 
                                  seminar ini, anda akan tahu cara bagaimana mendapat 
                                  publisiti percuma melalui media-media dalam 
                                  membantu perniagaan anda mencapai tahap yang 
                                  lebih tinggi. Langkah demi langkah akan diberikan 
                                  apa yang anda perlu lakukan dari menyediakan 
                                  press release, hingga mendapatkan tempat untuk 
                                  paparan media.Dengan mengetahui teknik ini, anda akan dapat 
                                  menjimatkan berpuluh atau beratus ribu ringgit 
                                  dalam mempromosikan perniagaan anda.
 2. 
                                  Cara mendapat jemputan dan paparan khas TV 100% 
                                  SECARA PERCUMABoleh dikatakan kesemua saluran TV tempatan 
                                  telah memanggil saya sebagai tetamu jemputan 
                                  atau paparan khas di kaca TV, dan kesemuanya 
                                  diperolehi secara percuma. Begitu juga dengan 
                                  saluran antarabangsa Al Jazeera dan sebuah lagi 
                                  saluran di Abu Dhabi. Di mana sememangnya terdapat 
                                  ruang TV beriklan seperti pengikalanan atau 
                                  sponsored, sejak 2005 lagi saya tidak menggunakan 
                                  pengiklanan berbayar melalui TV, walaupun sekali.
 Apa 
                                  yang perlu dilakukan adalah meletakkan diri 
                                  anda sebagai pakar dalam bidang perniagaan anda- 
                                  dan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja 
                                  dengan langkah yang betul. Media seperti TV 
                                  memerlukan kandungan (content) untuk dipaparkan 
                                  setiap hari dan anda, sebagai usahawan boleh 
                                  menjadi pemberi kandungan untuk media ini. Dua 
                                  perkara yang perlu anda tahu menggunakan teknik 
                                  ini adalah authority & expertise dan kedua 
                                  teknik ini akan disampaikan di seminar ini supaya 
                                  perniagaan anda akan menjadi popular secara 
                                  percuma. 3. 
                                  Cara menggunakan Facebook untuk mendapatkan 
                                  pelanggan 
                                  100% SECARA PERCUMABagi anda yang pernah menggunakan Facebook sejak 
                                  beberapa tahun lalu hingga kini untuk mempromosikan 
                                  perniagaan anda, pasti tahu bahawa reach kini 
                                  menjadi semakin kurang. Apa yang dimaksudkan 
                                  dengan reach adalah, walaupun sekiranya anda 
                                  mempunyai 1,000 followers di Facebook, bukan 
                                  bererti 1,000 akan melihat status posting perniagaan 
                                  anda. Mungkin hanya 30-100 sahaja yang dapat 
                                  lihat (melainkan meletak iklan berbayar /Facebook 
                                  ads).
 Dalam 
                                  seminar ini, anda akan pelajari kaedah bagaimana 
                                  anda boleh meningkatkan reach anda supaya mencapai 
                                  lebih ramai lagi followers anda, dan lebih daripada 
                                  itu, sehingga posting anda boleh menjadi viral. 
                                  Dengan hanya mengetahui teknik dan strategi 
                                  viral, status posting anda akan mendapat reach 
                                  yang lebih tinggi untuk pemasaran perniagaan 
                                  anda. Apa 
                                  yang lebih penting adalah, bukan sahaja anda 
                                  akan ditunjukkan cara mencapai reach yang tinggi, 
                                  tetapi jug acara mengubah reach tersebut kepada 
                                  pelanggan yang berbayar. Tidak ada gunanya ramai 
                                  yang melihat status anda sekiranya tidak membeli 
                                  bukan? Sebagai usahawan, jualan produk dan perkhidmatan 
                                  anda adalah diutamakan.
 4. 
                                  Cara mendapatkan tempat di halaman #1 enjin 
                                  pencari 
                                  100% SECARA PERCUMARata-rata kita menggunakan Internet untuk mendapatkan 
                                  informasi. Kita juga menggunakan Internet untuk 
                                  melakukan perbandingan harga dan produk sebelum 
                                  melakukan belian. Pengguna kini adalah lebih 
                                  bijak dan sepertimana yang kita tahu, pembeli 
                                  lebih berhati-hati dalam membuat belian.
 Enjin 
                                  pencari seperti Google merupakan platform utama 
                                  pengguna Internet dalam mencari maklumat lanjut 
                                  tentang sesuatu produk dan perkhidmatan. Dengan 
                                  mengetahui teknik membawa perniagaan anda ke 
                                  hadapan enjin pencari Google, anda akan dapat 
                                  mendedahkan perniagaan anda kepada beribu-ribu 
                                  prospek untuk perniagaan anda secara percuma. Teknik 
                                  enjin pencari ini dikenali sebagai SEO (Search 
                                  Engine Optimization) dan ianya berubah setiap 
                                  tahun. Di seminar ini anda akan ketahui teknik 
                                  dan strategi yang terkini bagaimana anda juga 
                                  boleh menggunakan SEO untuk membawa perniagaan 
                                  anda ke hadapan enjin pencari untuk meningkatkan 
                                  lagi keuntungan perniagaan anda. 5. 
                                  Kaedah promosi Facebook Video & YouTube 
                                  Video 
                                  100% SECARA PERCUMAPada awal 2015, saya telah dijemput ke Paris, 
                                  France untuk menghadiri International Marketing 
                                  Trends Conference 2015. Dalam persidangan itu, 
                                  pelbagai teknik dan strategi terkini didedahkan 
                                  dan dibincangkan. Apa yang menariknya adalah, 
                                  sepanjang persidangan tersebut, lebih 80% kandungannya 
                                  menekankan pemasaran video online sebagai trend 
                                  terkini untuk perniagaan.
 Sememangnya 
                                  pemasaran video masih lagi kurang digunakan 
                                  oleh usahawan Malaysia. Namun, oleh sebab itu, 
                                  usahawan yang inginkan kejayaan dalam pemasaran 
                                  perlu melakukan apa yang pesaing tidak lakukan 
                                  lagi dalam mencipta kelainan. Kepentingan 
                                  pemasaran video juga boleh dilihat dimana kini 
                                  enjin pencari ke-2 yang paling ramai pengguna 
                                  dan penting adalah YouTube selepas Google, dan 
                                  paparan video di Facebook pula adalah lebih 
                                  daripada paparan video YouTube- membuatkan strategi 
                                  pemasaran ini tidak boleh diabaikan. Dan lebih 
                                  hebat lagi, ia boleh dilakukan secara percuma!
 
 |  
   Populariti 
                            Irfan Khairi membawanya sehingga ke luar negara mewakili 
                            Malaysia di persidangan
 Al Jazeera 2015- di pilih antara 16 wakil belia dunia 
                            sebagai Al Jazeera Media Catalyst!
   Populariti Irfan Khairi juga telah 
                            memberikannya membintangi penampilan khas dalam
 filem KAPSUL yang turut dibintangi Tun Dr Mahathir 
                            sebagai penampilan khas!
 
 Apa 
                            yang menariknya, dan berbeza dengan seminar-seminar 
                            yang lain adalah, kesemua teknik dan strategi pemasaran 
                            yang akan didedahkan adalah teknik pemasaran 100% 
                            PERCUMA . Matlamat seminar ini adalah, selepas usahawan 
                            mengetahui teknik dan strategi yang disampaikan, mereka 
                            boleh terus mengimplimentasikan kesemuanya tanpa perlu 
                            mengeluarkan wang walaupun sedikit untuk mempopularkan 
                            perniagaan walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Siapakah 
                            golongan terbaik untuk menyertai seminar ini?Kumpulan sasaran terbaik untuk mengikuti program ini 
                            adalah usahawan-usahawan sedia ada yang terkesan dengan 
                            keadaan ekonomi yang kurang stabil dan ingin meningkatkan 
                            prestasi perniagaan mereka dengan menggunakan kaedah 
                            pemasaran 100% percuma yang efektif.
 Kebanyakan 
                            teknik dan strategi yang disampaikan dalam seminar 
                            satu hari ini adalah kaedah baru yang belum didedahkan 
                            dalam seminar atau kelas saya sebelum ini. Bagi mereka 
                            yang pernah menghadiri program saya sebelum ini, hanya 
                            30% isi kandungan adalah kandungan ulangan yang masih 
                            lagi releven kini, manakala 70% lagi adalah kandungan 
                            baru untuk memenuhi keperluan dan permintaan keadaan 
                            ekonomi Malaysia terkini. 
 Seminar 
                            Perniagaan PopularOleh: Irfan Khairi
 Tarikh: Rabu, 29hb Mac 2017
 Waktu: 8.45 malam hingga 10.45 malam
 Lokasi: Ruang@IKSB, Mutiara Damansara
 Yuran: RM900
 
 Pemberian 
                            PERCUMA bernilai RM1,890Yuran seminar 1 hari ini adalah RM700 dengan jaminan 
                            wang dikembalikan. Namun, untuk memudahkan lagi anda 
                            membuat keputusan yang tepat, sekiranya anda menyertai 
                            program ini, anda akan diberi pemberian percuma bernilai 
                            RM2,090- iaitu koleksi video dan rakaman program saya 
                            sebelum ini termasuk juga rakaman seminar ini:
 Pemberian percuma yang bernilai RM1,890 adalah 
                            milik anda sekiranya anda daftar pada HARI INI sahaja! 
                            Pemberian bonus ini akan dihentikan pada bila-bila 
                            masa sahaja sehingga kuota awal kami tercapai tidak 
                            lama lagi.
 Buat 
                            masa ini, anda masih layak menerimanya sekiranya anda 
                            menempah tempat anda sekarang! 
 Jaminan 
                            100% wang dikembalikan!
  Oleh 
                            kerana saya amat yakin seminar ini akan membantu dalam 
                            menjadikan perniagaan anda popular, pihak IKSB memberi 
                            jaminan 100% wang dikembalikan sekiranya anda rasakan 
                            maklumat yang disampaikan tidak dapat membantu perniagaan 
                            anda. Kami sedia memulangkan keseluruhan yuran seminar 
                            sekiranya dalam masa 2 jam pertama (9am-11am), anda 
                            rasakan seminar ini bukan untuk anda, dan anda ingin 
                            pulang ke rumah tanpa sebarang soalan. Anda hanya 
                            perlu berjumpa dengan krew kami ketika waktu rehat 
                            pagi, dan krew kami akan menguruskan pulangan yuran 
                            anda 100% serta merta. Sebagai 
                            tambahan, pemberian percuma bernilai RM1,190 (1) & 
                            (2) di atas kami tetap akan berikan kepada anda sebagai 
                            tanda terima kasih atas masa yang anda telah luangkan 
                            pada pagi tersebut. Namun, 
                            kami amat yakin bahawa dalam masa 2 jam pertama sahaja, 
                            anda akan mendapat terlalu banyak maklumat yang dapat 
                            membantu perniagaan anda yang akan membuatkan anda 
                            ingin mengikuti keseluruhan seminar ini! Sertai kami 
                            hari ini.  
 |