Pentingnya
logo untuk perniagaan anda...
Rekacipta
logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan.
Simbol yang kecil yang diberi nama ‘logo’
boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat
sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai
logo. Tanpa logo, tiada lah jenama.
Logo
akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda
kerana manusia lebih mudah mengingati gambar atau imej
daripada perkataan. Pelanggan anda akan mudah ingat logo
anda.
Cuba
fikir sejenak dan lihat disekeliling anda. Kesemua perniagaan,
produk dan perkhidmatan yang berjaya pasti mempunyai LOGO
tersendiri. Anda juga perlukannya untuk berjaya!
LOGO
- simbol yang kecil, tetapi memberi impak yang besar
kepada apa sahaja perniagaan. Pastikan anda mempunyai
LOGO untuk perniagaan atau perkhidmatan anda, tak
kira walaupun anda menjalankan perniagaan seorang
diri!
|
Rekacipta
logo memerlukan imaginasi grafik imej melalui persembahan
visual perkataan, simbol, warna dan bentuk. Ia mewujudkan
imej yang profesional tanpa mengira saiz syarikat dan
meningkatkan kesedaran pengguna produk dan perkhidmatan
anda.
Beberapa
jenama paling berjaya seperti Nike, Coca Cola dan McDonalds
adalah sangat diingati dalam fikiran kita dengan kehadiran
logo mereka. Nike "swoosh", jalur tulisan reben
untuk Coca Cola, gerbang berkembar daripada McDonalds
berbentuk "M".
Mari
kita belajar daripada syarikat-syarikat besar. Jika mereka
menggunakan logo untuk penjenamaan imej mereka, begitu
juga anda. Jika anda pada masa ini tidak mempunyai logo
untuk memenuhi keperluan syarikat anda, kami akan membantu
anda dalam mereka bentuk logo profesional yang direka
dengan sentuhan pakar. Atau jika logo anda tidak memberi
impak besar kepada perniagaan anda, sudah tiba masanya
untuk anda lakukan perubahan.
"Gunakan
logo untuk jadikan perniagaan anda mudah diingati. Logo
yang baik akan memberi tarikan perasaan, gambaran dan
juga jenama kepada perniagaan anda. Ia juga akan memberi
gambaran profesional kepada perniagaan. Apabila prospek
melihat logo yang menarik, perniagaan anda mendapat daya
tarikan pertama yang lebih positif!" ~Irfan
Khairi
Logo
mempunyai kuasa yang lebih daripada anda fikirkan. Logo
memberikan prospek dan pelanggan anda kesan pertama dan
terakhir pada pandangan mereka. Logo melekat dalam minda
sebagai jenama anda. Logo membolehkan orang ramai untuk
mengenali anda dengan serta-merta ketika mereka datang
ke laman web anda, melihat salah satu iklan anda, atau
salah satu produk anda.
Bagaimana
kami boleh membantu anda...
Kumpulan
kami terdiri daripada beberapa pakar pereka grafik yang
berpengalaman dalam industri digital dan percetakan sejak
tahun 2000 lagi. Bukan sahaja kepakaran kami dalam bidang
reka cipta, tetapi juga dalam penjenamaan perniagaan yang
merupakan elemen penting dalam menghasilkan logo dan rekacipta
yang terbaik.
Sememangnya
terdapat banyak tempat yang boleh menghasilkan rekacipta
logo. Namun tidak banyak yang mempunyai kepakaran dalam
penjenamaan dan pemasaran. Apa yang terjadi adalah, grafik
yang dihasilkan tidak mempunyai fungsi yang dapat membantu
dalam menonjolkan perniagaan anda dikalangan pesaing.
Lihat
perbezaannya...